Korang ingat tak ada satu kisah viral masa PKP dulu dimana seorang pilot dari Malaysia Airlines, Naeem Nasir yang diberhentikan kerana Covid-19. Oleh sebab itu, beliau mengambil inisiatif untuk meneruskan hiudp dengan membuka sebuah stall burger yang diberi nama Smashed Burger.
Smashed Burger sekarang bertapak di Nasi Kandar Zubair Bistro di Bukit Jelutong, Shah Alam. Dibuka pada setiap hari Selasa hingga Sabtu dari jam 5 petang hingga 10 malam. Mereka menghidangkan 100% burger daging buatan Australia. Berikut adalah antara menu serta harga yang ditawarkan di Smashed Burger ini.
Menu
1. Ultimate Smashed Burger (RM16)
Ultimate Smashed Burger menggabungkan antara single smashed beef patty, beef bacon, tiga keping onion rings, melted cheese, bawang karamel, lettuce, dan sos signature mereka.
2. Super Smashed with Egg & Beef Bacon (RM19)
Super Smashed ini pula didatangkan dengan double smashed beef patty, double melted cheese, bawang karamel, lettuce, sos signature, telur dan juga beef bacon
3. Triple Smashed Burger (RM22)
Triple Smashed Burger hadir dengan triple smashed beef patty, triple melted cheese, bawang karamel, lettuce dan sos signature. Senang cerita semuanya triple lah dalam burger ini.
4. Chickytita (RM13)
Yang terakhir adalah Chickytita, buat penggemar ayam boleh cuba order yang ini kerana ia didatangkan dengan deep fried chicken katsu cutlet, garlic butter enoki mushroom, lettuce serta tak lupa sos signature mereka.
Review
Rata-rata yang bagi feedback dan review tentang Smashed Burger ni memang buat min terus nak makan burger mereka. Mana taknya semua cakap burger dan patty yang sangat besar dan berbaloi dengan harga, patty pula penuh juicy, sedap kalau makan panas panas dan sos signature mereka yang memang mengancam habis. Bagi sesiapa yang berada di Shah Alam yang nak singgah ni kedai mereka, boleh search atau waze sahaja Smashed atau waze Nasi Kandar Zubair Bistro, Bukit Jelutong.
📍 Location
Smashed,
Nasi Kandar Zubair Bistro,
Persiaran Balairong, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor
Phone: 012 640 0579
Instagram: https://www.instagram.com/smashed.my/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/smashed.my/
Website: https://smashed.oddle.me/en_MY/