Minuman Baharu dari Bask Bear – Nutcracker Cloud Series!

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Minuman Baharu dari Bask Bear – Nutcracker Cloud Series!

Menjelang cuti sekolah panjang dan cuti krismas tak lama lagi ni, banyak betul jenama minuman dan makanan yang dah keluarkan menu bermusim mereka. Bask Bear juga tak ketinggalan tau untuk melancarkan minuman baharu mereka! Jom tengok menu apa yang Bask Bear baru keluarkan!

Sumber: baskbearcoffee

Beberapa hari lepas Bask Bear dah umumkan menu baharu mereka yang dipanggil Nutcracker Cloud!

Seperti namanya, minuman ni dimeriahkan dengan kekacang yang premium diatas tau, memang menarik kan! Didatangi dengan 3 jenis minuman iaitu Nutcracker Espresso, Nutcracker Chocolate dan Nutcracker Matcha bagi semua peminat peminat Bask Bear.

Sumber: baskbearcoffee

Semua minuman tersebut mengandungi gula aren dan ditambah juga cheese foam, pergh memang manis berkrim la jawabnya! Dahlah dekat bahagian topping tu ada pula kacang almond dan pecan, eee tak sabar min nak try! Korang pun wajib pergi try air ni tau, sebab ianya minuman bermusim nanti dah habis rugi la huhu. Ok byee, min nak serbu Bask Bear sekarang juga!

Sumber: baskbearcoffee

Comments