Shamieda Briyani House – Port Makan Nasi Briyani Pilihan Orang Jitra, Kedah !

  • Post author:
  • Post category:Makan / Viral
  • Reading time:5 mins read
You are currently viewing Shamieda Briyani House – Port Makan Nasi Briyani Pilihan Orang Jitra, Kedah !

Mana orang-orang Jitra, Kedah min dengar ada port makan best dekat sana. Restoran ni siap jual briyani, western, coffee dan juga dessert. Macam-macam jenis makanan ada dekat sana. Sesuai sangat kalau nak ajak family makan tengah hari atau makan petang dekat sana sambil santai-santai. Nama restorannya adalah Shamieda Briyani House yang terletak di Bandar Darulaman Jaya. Haa restoran yang min share ni ada lebih 100 menu yang ada untuk korang pilih. Best kan !

Bukan itu je, interior di restoran Shamieda Briyani House ni pun sangat besar dan selesa. Meja makan mereka susun agak jauh jadi mudah untuk korang nak bergerak dan bersembang. Mereka menyediakan ruangan yang tertutup sebab nak berikan keselesaan pada pelanggan yang datang jadi tak ada lah korang makan sambil berpeluh.

interior

Ramai juga review dari pelanggan yang pernah makan di Shamieda Briyani House cakap ini adalah tempat makan paling menarik yang patut korang cuba sebab makanannya semua sedap. Tak lupa makanan thai pun ada dalam menu dekat restoran ni tau. Tak percaya cuba tengok video review ni. Haa untuk korang yang bercuti ke Kedah tu meh min share tempat makan best lagi di Kedah. Cuba baca artikel ni untuk tahu lebih lanjut.
https://purpledurian.my/makan/viral/pot-lepak-port-lepak-dengan-western-paling-best-di-sungai-petani/

Menu

1. Nasi Briyani Ayam (RM15.00)

nasi briyani ayam

Haa teringin nak rasa nasi briyani dari Shamiena Briyani House patut cuba menu ni. Korang akan dapat nasi briyani, ayam yang besar, papadom, acar bawang dan kuah briyani. Hanya RM15.00 sahaja satu hidangan.

2. Nasi Briyani Lamb Chop (RM20.90)

nasi briyani lamb chop

Kalau korang nak rasa kelainan boleh order Nasi Briyani Lamb Chop. Rasa dia memang lain dari yang lain dan mereka akan berikan sos blackpepper sekali.

3. Mee Kari

mee kari

Ini antara menu minum petang yang sangat popular sebab rasa kuah yang pekat, bahan-bahan yang digunakan pun berkualiti. Makan satu hidangan ni memang kenyang sangat. Mereka juga siap sediakan sambal untuk makan bersama mee kari.

Ini adalah sedikit menu yang popular di Shamiena Briyani House. Sebenarnya banyak lagi menu-menu yang best untuk korang pilih. Apapun ini adalah destinasi wajib untuk korang makan bila craving nasi briyani. Shamiena Briyani House buka setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 10.30 malam. Jadi jemput hadir ke Shamiena Briyani House untuk dapatkan makanan yang best dan sedap.

Location
📍Shamiena Briyani House
Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah

🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/bdGSSd1SJFAkgHg26

📲 Instagram: https://www.instagram.com/shamiedabriyani/?hl=en
📲 Facebook: https://www.facebook.com/shamiedabriyani/
📲 TikTok: https://www.tiktok.com/@shamiedabriyani_jitra1?lang=en