Rooftop Cafe Dengan View Mahal Tapi Menu RM4 Sahaja – Eden Coffee Rooftop Cafe

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Rooftop Cafe Dengan View Mahal Tapi Menu RM4 Sahaja – Eden Coffee Rooftop Cafe

Korang nak makan di kawasan yang ada view Menara KL. Sambil makan sambil layan view bandar yang sibuk dengan orang ke sana sini. Meh sini min share dengan korang port best untuk korang makan di rooftop tapi dengan harga murah. Korang boleh dapat minuman serendah RM3 dan makanan serendah RM4 je tau. Haa nama cafe itu adalah Eden Coffee Rooftop Cafe yang terletak di Bukit Bintang.

Kawasan cafe ni sangat cantik dan luas. Pakej dengan pemandangan bandar dari rooftop mereka. Korang yang suka selfie dan ambil gambar sesuai datang ke sini. Tak perlu nak berbelanja lebih nak dapat view menarik dan makanan sedap.

eden

Rooftop cafe yang ada menu makanan dan minuman yang murah sangat susah nak cari lebih-lebih di area Kuala Lumpur. Korang nak tengok area Eden Coffee Rooftop Cafe boleh tengok video review ni. Nak tahu mana lagi cafe best di area Kuala Lumpur boleh baca artikel ni.

Menu Eden Coffee Rooftop Cafe

1. Matcha-chacha Cake (RM16.00/per slice)

matcha-chacha

Siapa peminat matcha boleh order matcha cake ni. Cute dan sedap weh.

2. Spaghetti Carbonara (RM15.00)

spaghetti carbonara

Nak menu biasa yang ada di cafe korang boleh order spaghetti carbonara. Rasa creamy dengan sos yang pekat, makan pula panas-panas memang sedap.

3. Salted Caramel Macadamia Cheese Cake (RM15.00/ per slice)

salted cheese

Ini antara cake yang selalu sangat sold out di Eden Cafe sebab terlalu sedap weh. Wajib cuba yang ni tau !

Kalau korang nak tahu Eden Coffee Rooftop Cafe ni tengah viral tau sekarang sebab pemandangan disitu sangat cantik dan best untuk tangkap gambar. Banyak spot menarik yang boleh korang ber-ootd. Eden Coffee Rooftop Cafe ni buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Jangan lupa ajak partner korang, family dan kawan-kawan datang dekat cafe ni rasa makanan mereka dan tengok pemandangan bandar Kuala Lumpur.

Location

📍 Eden Coffee Rooftop Cafe

Lot 10, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

🗺 Google Maps: https://goo.gl/maps/WLVddqdcQ8XJwEfMA