Menu Sahur Simple Dari Khairulaming – Telur Mata Cili Padi

You are currently viewing Menu Sahur Simple Dari Khairulaming – Telur Mata Cili Padi

Bermulalah kehidupan kita sebagai seorang muslim dimana kita perlu menyambut Bulan Ramadhan. Antara bulan yang dinantikan oleh ramai umat muslim. Jadi harini min nak share resepi khas untuk sahur yang simple je dari Khairulaming. Kali ni Khairulaming datang dengan resepi menu sahur geng. Menu dia simple je sempat je korang yang bujang atau dah berkhawin tu nak masak. Tak sampai 20 minit dah siap. Resepinya adalah Telur Mata Cili Padi.

telur mata cili padi

Resepi menu sahur khas untuk bujang yang nak cuba masak untuk sahur. Simple dan easy bahan pun bahan yang ada dekat rumah je.

Bahan-bahan:

  • Telur (ikut berapa orang nak makan)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Serai
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Kicap manis
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

goreng telur

1. Mula-mula kita gorengkan telur, jangan terbalikkan ya kita nak biar telur belah atas tu lembut dan bawah garing.

potong bahan-bahan

2. Kita sediakan 1 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 5 biji cili padi merah, dan 5 cili padi hijau. Kemudian, blend kasar kesemua bahan tersebut.

tumiskan

3. Selepas tu kita tumis semua bahan yang di blend tadi. Tambahkan 2 batang serai dan masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos ikan, ½ sudu kicap manis.
4. Kacau semua bahan tersebut sehingga sebati lepas itu tambahkan garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya. Kacau semula hingga sebati.

masukkan telur mata

5. Letakkan telur mata yang dah digoreng ke dalam tumisan tadi. Tapi pastikan telur tu jangan terbalikkan sebab nak bahagian atas telur tu lembut je bila makan.

siap sudah

6. Dah siap. Boleh lah hidangkan dengan nasi putih makan panas-panas memang terbaik.

Resepi simple untuk makan sahur. Sesuai untuk orang bujang dan juga student yang nak resepi simple. Senang sangat cara masak dia kan makan pula dengan nasi panas dan kicap memang sedap. Korang kalau nak tengok full video resepi Khairulaming yang ini boleh tengok disini.