Dorayaki, yang sering dikaitkan dengan watak kartun popular Doraemon, adalah salah satu pencuci mulut tradisional Jepun yang terhasil daripada dua keping adunan pankek manis dengan inti kacang merah. Dorayaki ini mula diperkenalkan pada tahun 1603 di jepun dan bentuk terkini hanya mula diperkenalkan dan diperluaskan pada 1914 oleh Usagiya di daerah Ueno di Tokyo.
Dorayaki lazimnya dihidangkan selepas semua orang menjamah nasi dan pelbagai hidangan sampingan, seperti sayur-sayuran atau telur goreng. Ia adalah hidangan yang lazat dan pasti menggembirakan semua orang di meja. Manisan ini juga boleh dijamah ketika bersantai atau lepak bersama rakan-rakan.
Bagi peminat makanan Jepun yang beragama Islam, mungkin timbul persoalan: adakah Dorayaki boleh dimakan dan bagaimana untuk memastikan ia halal? Jawapannya ialah, dengan sedikit modifikasi pada resipi asal, Dorayaki boleh disediakan dalam versi halal!
Arahan Pembuatan
1. Inti Kacang Merah
a. Rendam kacang merah dalam air selama semalaman.
b. Tapis dan masak dengan air baru sehingga mendidih.
c. Ulang langkah b dan tapis airnya.
d. Masak kacang merah dengan air baharu sehingga menjadi lembut.
e. Tambah gula dan garam. Masak sehingga gula meresap ke dalam kacang dan menjadi pes.
f. Biarkan pes itu untuk disejukkan.
2. Adunan Dorayaki
a. Adunkan telur, gula, dan madu di dalam sebuah mangkuk,
b. Tambah tepung gandum dan baking powder dan gaul rata.
c. Tambah air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi licin dan tidak berketul.
d. Panaskan kuali dengan api sederhana. Tuang adunan untuk membentuk pankek bulat. Masak hingga berbuih, kemudian terbalikkan dan masak sepenuhnya.
3. Penyediaan Dorayaki:
a. Ambil satu pankek dan letakkan sedikit inti kacang merah.
b. Letakkan pankek lain di atasnya. Ulang langkah ini untuk selebihnya.
Petua Tambahan
- Untuk hidangan yang lebih manis, ubah pes kacang merah kepada coktlat atau pes kacang hitam.
- Anda juga boleh menambah manisan lain ke dalam pakek ini, seperti pes pandan dan sebagainya.
- Hidangkan hidangan dengan teh panas untuk menambah selera.
Article Curated By Amir Haziq