Bunga pudak adalah kuih tradisional masyarakat negeri Kedah. Kuih bunga pudak merupakan antara hidangan tradisional yang kerap disajikan dalam majlis kenduri-kendara dan majlis perayaan. Walaupun bahan-bahannya mudah didapati, tetapi kebolehan untuk menghasilkannya memerlukan kemahiran tinggi, menjadikan kuih ini tidak ramai yang mahir dalam pembuatannya. Apapun, korang mesti cuba dulu resepi ini. Manalah tahu, rupanya cara-cara membuat kuih ini senang sahaja!

Bahan-bahan:
Bahan Inti:
- Kelapa parut
- Gula
- Pewarna merah/hijau/oren
- Perasa/Garam
Bahan kulit:
- Tepung pulut
- Air
- Garam
Cara-cara:


1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut warna pilihan. Mula-mula, masukkan kelapa parut, gula, sedikit pewarna, garam dan sedikit air untuk memudahkan gula larut dengan cepat.

2. Proses mengacau ni dinamakan sangai. Jadi, kita sangai kelapa parut ni sehingga betul-betul kering. Guna api kecil/sederhana sahaja untuk elakkan kelapa parut menjadi hangus. Angkat dan ketepikan. Ulangi proses yang sama untuk warna-warna lain.


3. Tuangkan tepung pulut ke dalam mangkuk besar. Masukkan garam sebagai perasa dan sedikit demi sedikit air. Bancuhannya tidak boleh terlampau lembap atau kering. Gaul sehingga menjadi serbuk.


4. Setelah itu, panaskan kuali dengan api sederhana panas. Masukkan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.
5. Seterusnya, masukkan 1 sudu inti di bahagian tengah permukaan.


6. Kemudian, lipat perlahan-lahan menjadi bentuk empat segi. Tekan sedikit untuk mematikan lipatan agar ianya tidak terbuka dengan sendiri.


7. Tekan perlahan-lahan je. Tidak perlu kuat-kuat. Selepas itu, terbalikkan kuih bunga pudak seperti biasa supaya di setiap bahagian kulit tu betul-betul rangup.

8. Siap dah kuih bunga pudak. Boleh disajikan untuk seisi keluarga. Nak simpan untuk makan minggu depan pun boleh. Apabila inti kelapa parut tu betul-betul kering, boleh la tahan sehingga 3 minggu.
Sumber resepi: YouTube Natasha Di Abuh
Klik untuk baca artikel sebelum ini.
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor