30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Sambal Hijau Bilis & Telur Dadar

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairulaming – Sambal Hijau Bilis & Telur Dadar

Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu kita berpuasa tahun ini. Rasa sekejap je kan puasa kali ni. Setiap tahun Khairulaming mesti akan sharekan resepi yang sedap-sedap dan kongsikan dengan kita untuk bantu kita masak. Jadi untuk hari ni min nak sharekan resepi dari Khairulaming iaitu Sambal Hijau Bilis dan Telur Dadar. Jom baca artikel ni sampai habis.

sambal hijau telur dadar

Peminat sambal patut try sambal hijau bilis ni sebab sedap sangat min dah pernah cuba tau memang sedap dan korang juga wajib cuba. Jom kita try masak !

Sambal Hijau Bilis

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis (Ikan bilis yang sedap –> https://shope.ee/7zgQSFvioD)
  • 12 biji cili hijau besar
  • 10 biji cili padi hijau
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 biji tomato hijau
  • 3 helai daun limau purut
  • ⅓ sudu garam
  • ½ sudu kecil ajinomoto (Dapatkan ajinomoto disini –> https://shope.ee/5AMF55wMKn)

Cara-cara:

goreng ikan bilis

1. Mula-mula kita gorengkan dahulu ikan bilis sehingga garing dan asingkan di satu pinggan. Untuk ikan bilis korang boleh letak banyak atau sikit ikut sebab kalau peminat ikan bilis mesti nak letak banyak kan.

gorengkan cili bawang tomato

2. Selepas itu, gorengkan pula cili besar hijau, cili padi hijau, bawang merah dan tomato. Goreng sehingga bahan-bahan tu layu.

tumbuk cili dan bawang

3. Dah nampak bahan-bahan tu layu boleh angkat dan tumbuk hingga lumat menggunakan lesung batu.

masuk sambal dlm minyak panas

4. Kemudian, kita goreng semula sambal yang ditumbuk tadi dalam minyak yang panas dan boleh tambahkan 3 helai daun limau purut yang siap buang batang tengahnya ya sebab nak elak rasa pahit dari batang tu.

masuk ikan bilis

5. Masukkan pula perasa seperti garam dan ajinomoto. Dah tambah perasa masukkan ikan bilis yang digoreng tadi ke dalam sambal dan kacau sehingga semuanya sebati.

Telur Dadar

Bahan-bahan:

  • Telur
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

goreng telur

1. Pecahkan beberapa biji telur ke dalam mangkuk dan tambahkan sedikit serbuk perasa dan kacaukan sehingga serbuk perasa tadi sebati. Kemudian sediakan minyak panas dan tuangkan telur.

telur dah masak

2. Nampak sebelah telur dah masak boleh terbalikkan dan nampak sebelah lagi dah masak boleh matikan api dan masukkan telur dadar ke dalam pinggan. Dah siap.

Senangnya korang nak masak sambal hijau bilis ni. Telur dadar lagi la senang kan. Combination kedua-dua menu ni memang sedap sangat tambah pula makan dengan nasi putih panas dan kicap memang terbaik. Jadi menu ni paling senang untuk student yang nak masak dekat kolej dan makan masa buka nanti. Lebihan sambal boleh simpan dan makan masa sahur pula. Kalau korang nak tengok video untuk resepi ini boleh klik disini untuk mudahkan korang lebih faham. Selamat mencuba semua !