30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Cornflakes Madu Biscoff

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming – Cornflakes Madu Biscoff

Wahh disebabkan raya dah nak dekat macam-macam jenis biskut raya ada dekat social media kan. Ramai yang kongsikan bermacam jenis biskut raya. Min pun dah start buat biskut raya korang macam mana pula? Tapi kan min minat betul dekat satu resepi yang dikongsikan oleh Khairul Aming ni. Puasa ke-22 ni Khairul Aming telah kongsikan satu resepi biskut raya simple yang semua orang boleh buat iaitu Cornflakes Madu Biscoff. Sedapnya korang tengok Khairul Aming makan rangup betul cornflakes madu yang dia buat. Korang yang minat cornflakes madu kena try buat resepi ni sebab memang sedap sangat tau. Jom baca artikel sampai habis.

cornflakes madu biscoff

Dah nak raya mesti kena buat biskut raya kan? Jom kita buat biskut raya simple tapi sedap sangat !

Bahan-bahan:

Cara-cara:

cairkan butter

1. Mula-mula kita cairkan 100g unsalted butter.

dah cair tuang madu

2. Bila dah cair masukkan 1/2 cawan madu dan 1/3 sudu kecil garam.

sos berbuih

3. Gaulkan sampai nampak dia dah berbuih tapi hati-hati api jangan kuat sangat nanti hangit.

tuang sos madu

4. Kemudian, tuangkan 250g cornflakes ke dalam bekas/mangkuk dan tuangkan sos yang kita buat tadi ke dalam mangkuk.

Gaulkan sampai sebati

5. Gaulkan cornflakes dengan sos tadi sehingga betul-betul sebati dan kena dekat semua cornflakes tu.

masukkan dalam paper cup

6. Bila dah betul-betul sebati masukkan cornflakes tadi ke dalam paper cups dan susun elok-elok.

bakarkan dalam oven

7. Cornflakes yang dah siap susun tadi kita bakar dalam oven dengan suhu 170°C selama 5 minit. Jangan lama sangat nanti hangit pula cornflakes kita.

cairkan biscoff spread

8. Lepas itu, kita cairkan biscoff spread macam dalam gambar.

ketuk biskut biscoff

9. Ketukkan juga biskut biscoff untuk jadikan dia serbuk/crumbs.

drizzle biscoff

10. Akhir sekali, cornflakes yang dah siap dibakar boleh drizzle kan dengan biscoff spread yang dah cair dan taburkan sedikit biscoff crumbs diatas cornflakes.

Siap sudah kita punya Cornflakes Madu Biscoff. Simple dan mudah sangat nak buat weh. Ini kalau buat tak sempat raya dah habis dulu dah sebab sedap sangat. Korang penggemar cornflakes madu memang kena try resepi ni confirm tak akan menyesal. Mungkin ini akan jadi biskut raya korang tiap tahun..hahaha. Apapun kalau korang nak tengok video resepi cornflakes madu biscoff dari Khairul Aming boleh klik sini. Selamat mencuba korang !