Bismillah! Untuk menu Ramadan ke-1 daripada Hamdan Mubarak, kita bawakan Teh Ais Cincau Ketagih. Kenapa ketagih? Adakah kafein di dalam teh menyebabkan ketagihan? Haha tak lah. Ketagih sebab sekali minum pasti nak lagi! Minuman kegemaran rakyat Malaysia ni. Sedapnya air ni! Meh tengok resepi air sedap ni.
MENU: TEH AIS CINCAU KETAGIH
Bahan-bahan:
- Serbuk teh Thailand
- 1/2 tin susu pekat
- Cincau
- Ais
- 1/3 tin susu cair
Cara-cara:
1. Sediakan gelas besar untuk membancuh teh.
2. Masukkan serbuk teh Thailand. Seterusnya, tuangkan air panas ke dalamnya dan kacau air bancuhan tersebut.
3. Sediakan jag air dan penapis teh. Tuangkan bancuhan teh ke dalam jag air.
4. Masukkan 1/2 tin susu pekat ke dalam jag air. Kacau rata.
5. Selepas itu, masukkan cincau, ais dan 1/3 tin susu cair.
6. Kacau rata dan siap!
Memang betul-betul Kaw lah resepi air teh kalini! Bagi peminat air padu ni, lagi pekat lagi padu rasa dia kan. Kalau korang tak minat cincau, tak perlu letak pun tak mengapa. Cuma kurang ketagih la nanti. Ke korang ketagih teh ais madu? Kalau nak minum air teh tarik yang berbuih-buih macam Restoran Warung Puteri ni, boleh la singgah kedai dia. Buka sampai pukul 2 pagi sepanjang bulan Ramadan. Selamat berbuka!
Video penuh: Teh Ais Cincau Ketagih
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor