30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Kuah Lodeh & Nasi Impit

You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi by Hamdan Mubarak: Kuah Lodeh & Nasi Impit

Bismillah! Kali ini Min bawakan resepi Kuah Lodeh & Nasi Impit yang merupakan makanan yang berasal dari Jawa. Nama popular menu ni adalah lontong. Makanan orang Johor ni. Yang mana nak cuba masak untuk menu berbuka, jom tengok resepi di bawah ni!

MENU: KUAH LODEH & NASI IMPIT

Kuah lodeh & nasi impit

Bahan-bahan:

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar udang kering
  • Sedikit air

Kuah lodeh:

  • 500g kubis
  • 500g kacang panjang
  • 250g lobak merah
  • Kulit tauhu
  • Suun
  • 2 batang serai
  • Lengkuas
  • 2 keping tauhu goreng
  • Tempe goreng
  • Bahan kisar
  • 500ml santan
  • 1 liter air
  • 2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu kecil garam
  • Kiub ayam
  • 2 batang cili merah

Nasi impit:

  • Ketupat nasi Adabi
  • Sedikit garam

Cara-cara:

bahan kisar
sedikit air
bahan kisar

1. Untuk bahan kisar, masukkan 3 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 3 sudu besar udang kering dan sedikit air. Kisar sehingga halus.

500g kubis
500g kacang panjang
250g lobak merah

2. Sediakan periuk yang besar. Masukkan 500g kubis, 500g kacang panjang dan 250g lobak merah ke dalam periuk.

kulit tauhu
suun
serai dan langkuas

3. Seterusnya, masukkan kulit tauhu, suun, 2 batang serai dan juga lengkuas.

tauhu goreng
tempe goreng
santan

4. Masukkan lagi bahan-bahan seperti 2 keping tauhu goreng, tempe goreng, bahan kisar dan 500ml santan.

air
kiub ayam
cili merah

5. Tuangkan 1 liter air ke dalamnya. Kemudian, taburkan 2 sudu kecil serbuk kunyit, 2 sudu kecil garam dan 1 kiub ayam. Gaul rata menggunkan senduk.
6. Setelah kuahnya sudah rata kekuningan, letakkan 2 batang cili merah yang telah dibuang butirnya. Kacau lagi dan masak sehingga mendidih di atas dapur.
7. Tutup api dan ketepikan buat sementara.

nasi impit
nasi impit
kuah lodeh & nasi impit

8. Untuk menyediakan nasi impit, sediakan air yang mencukupi di dalam periuk. Tanak nasi impit dalam periuk untuk 60 hingga 90 minit.
9. Campurkan garam secukup rasa. Setelah nasi impit masak, toskan air dan biarkan seketika untuk sejuk.
10. Setelah itu, potong nasi impit kepada beberapa kiub kecil. Letakkan di dalam mangkuk dan tuangkan kuah lodeh tadi ke dalam mangkuk tersebut.

kuah lodeh & nasi impit

11. Siap untuk dihidang.

Macam mana korang? Senang ke susah nak buat resepi ni? Menu ni memang memerlukan bahan yang banyak. Jadi, korang mesti sediakan bahan seperti tauhu dan tempe untuk membuatnya. Tapi bila masuk mulut confirm puas hati! Hidang sekali dengan Teh Ais Cincau Ketagih pun sedap ni.
Untuk mencuba resepi berkuah yang lain, boleh klik sini tau!

Video Penuh: Kuah Lodeh & Nasi Impit

Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor

Leave a Reply