Bismillah! Min nak kongsikan cara yang mudah untuk membuat Bergedil Daging yang sedap. Sangat sesuai untuk dijadikan juadah berbuka mahupun sahur. Jom ikut Min masak!
MENU: BERGEDIL DAGING

Bahan-bahan:
- 10 biji kentang
- 1kg daging cincang
- Garam
- Lada hitam
- 2 mangkuk bawang goreng
- 1 genggam daun bawang
- 1 genggam daun sup
- Telur
Cara-cara:


1. Potong 10 biji kentang secara membulat.
2. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali dan goreng sehingga warna kentang bertukar sedikit keperangan. Tidak perlu masak sehingga garing.


3. Angkat kentang yang telah digoreng dan masukkannya ke dalam pengisar. Kisar halus sehingga teksturnya kelihatan lembut seperti ini. Alihkan kentang yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk yang besar.



4. Di dalam kuali yang lain, panaskan sedikit minyak dan terus boleh masukkan 1kg daging cincang. Masukkan 1/2 sudu kecil garam dan kacau sehingga daging bertukar warna, menandakan ia masak sepenuhnya.
5. Setelah daging masak, angkat dan tuangkan ke dalam mangkuk besar yang berisi kentang tadi.



6. Seterusnya, masukkan 1 sudu kecil garam dan tambahkan lagi 1/2 sudu garam.
7. Masukkan 1 sudu kecil lada hitam dan taburkan 2 mangkuk bawang goreng.



8. Taburkan juga 1 genggam daun bawang, 1 genggam daun sup dan masukkan 1 biji telur ke dalamnya.



9. Dengan menggunakan tangan, gaulkan sebati campuran kentang supaya bahan-bahannya diratakan sekata.
10. Ambil sedikit dan bentukkannya secara membulat. Tekan sedikit untuk leperkannya. Ulang proses yang sama sehingga habis.



11. Di dalam mangkuk kecil, pecahkan 1 biji telur. Campurkan 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil lada hitam. Kacau menggunakan garfu.



12. Panaskan minyak di dalam kuali. Ambil bergedil yang telah dibentuk tadi dan celupkan ke dalam telur. Goreng seperti biasa.

13. Angkat dan sedia untuk dimakan!
Sedap tak korang? Nanti boleh buat guna resepi ni tau! Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Simple tapi menyelerakan! Lagi sedap kalau korang makan dengan Bihun Sup. Fuh! Nak tengok resepi lain yang menggunakan daging cincang? Klik sini.
Video Penuh: Bergedil Daging
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor