Bismillah! Mana peminat air jagung? Cepat kumpul sini! Min nak kongsikan resepi yang boleh buat korang ketagih lagi dan lagi. Warna kuning dia pun dah boleh buat kita auto dahaga. Apatah lagi kalau kita minum kan. Ketagih habis ni!
MENU: AIR JAGUNG KETAGIH
Bahan-bahan:
- 1/2 tin susu pekat
- 1/2 tin susu cair
- 1/2 tin jagung
- 4 sudu besar perisa jagung
- 1 sudu besar sirap ros
- Ais
Cara-cara:
1. Sediakan jag air. Tuangkan 1/2 tin susu pekat, 1/2 tin susu cair dan 1/2 tin jagung. Selalunya untuk resepi minuman ini, kita akan guna tin jagung manis ala krim.
2. Seterusnya, masukkan 2 sudu besar perisa jagung untuk menguatkan lagi rasa air. Masukkan juga 1 sudu besar sirap ros dan sedikit air. Kacau sehingga susu dan jagung bercampur rata.
3. Boleh masukkan ais dalam kuantiti yang banyak kerana bancuhan tadi agak pekat. Kacau air sekali lagi.
4. Masukkan aiskrim vanilla mengikut selera masing-masing.
5. Kacau rata dan sedia untuk dihidang!
Sedapnya air ni! Pekat dan berlemak-lemak Min tengok. Korang tak terliur ke tengok resepi ni? Tak perlu keluar rumah untuk beli air balang dah. Min dah kongsikan di sini. Tinggal buat atau tak je. Korang ingat ada satu je ke air ketagih? Ada dua tau. Meh klik sini. Janji korang buat!
Video penuh: Air Jagung Ketagih
Artikel oleh Nor Azhariah Mohamad Nor