Menu Baru KFC Buat Pelanggan Lemas?

  • Post author:
  • Post category:Food Review
  • Reading time:3 mins read
You are currently viewing Menu Baru KFC Buat Pelanggan Lemas?

Pelanggan tak lemas… Hanya nama menu baru yang dikeluarkan oleh KFC adalah ‘Burger Banjir’.

burger banjir kfc

Burger Banjir menu baru keluaran KFC ini terdiri daripada patty ayam signature KFC yang kini disaluti… ataupun dibanjiri dengan sos barbeku salai.

Berdasarkan gambar iklan tersebut, sos tersebut berlimpah di antara ban burger KFC yang lembut diikuti pula dengan lettuce dan juga sos mayonis.

Menu ini telah pun menarik perhatian pelanggan bukan sahaja kerana iklan burger tersebut nampak menyelerakan, malah dengan nama yang mempunyai perkataan ‘Banjir’ itu.

Kenapa?

Ini bukanlah satu informasi yang baru bahawa rakyat Malaysia amat gemar dengan kuah banjir mereka.

nasi kuah banjir

Nasi kuah banjir, roti canai kuah banjir… kalau boleh semua makanan nak banjir melimpah untuk kepuasan yang maksimum!

Dengan tindakan KFC membuat menu baru yang datang dengan sos yang banyak dan tambah lagi dengan nama menu yang mempunyai perkataan ‘banjir’, ia berjaya menarik perhatian pelanggan-pelanggan mereka semua!

Youtuber Malaysia Padu Beb Studios telah membuat review tentang menu baru ini.

Di dalam video tersebut, tiada sebarang komen yang negatif diberikan terhadap Burger Banjir ini.

Ayam patty masih rangup walaupun dibanjiri dengan sos yang begitu pekat dan banyak!

Namun, menurut Padu Beb Studios, beliau lebih gemari Burger Zinger KFC berbanding Burger Banjir tersebut.

Lihat video penuh review tentang Burger Banjir KFC di Youtube channel Padu Beb Studios:

Tapi takpe… sebab itu hanyalah pendapat Padu Beb Studios sendiri.

Lain orang, lain cita rasa!

Disyorkan untuk korang cuba Burger Banjir KFC ni sendiri dan kongsi pendapat korang di ruangan komen!