Nugget merupakan salah satu makanan ‘fast-food’ dan ianya digemari oleh semua orang terutama kanak-kanak. Walau bagaimanapun kebanyakan makanan proses tidak begitu baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Pengambilan makanan proses yang terlampau akan menyebabkan banyak komplikasi dari aspek kesihatan. Jadi kepada ibu-bapa yang ingin mengelakkan anak-anak daripada terus makan makanan proses sehingga ketagih, anda boleh lah cuba masak sendiri nugget ayam di rumah. Mari kita lihat resepinya.
Bahan-bahan
Bahan A
- 3 keping isi ayam
- 2 biji telur
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar tepung serbaguna
- 1 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu besar ‘white pepper’
- 1 sudu besar perasa cendawan
- Sedikit garam
Bahan B
- 1 cawan tepung jagung
- 1 sudu besar serbuk bawang
- 1 sudu besar serbuk bawang putih
- 1 sudu besar serbuk paprika
- 1 sudu besar serbuk cili
- Sedikit garam dan perasa cendawan.
Cara-cara
- Mula-mula kisarkan semua bahan isian ayam seperti diatas sehingga halus.
- Kemudian kepalkan dan buat bentuk bulat atau apa-apa bentuk yang dikehendaki.
- Setelah itu, gaul rata bahan adunan dan salutkan kepalan isi ayam tadi.
- Seterusnya, ambil lebihan tepung adunan tadi dan campurkan dengan sedikit air.
- Akhir sekali goreng dengan cara ‘deep fry’.
- Goreng hingga kekuningan, dan siap!!!
Hmmm, sedapnya. Cukup puas hati, dengan isi ayam yang penuh kulitnya rangup pula. Paling penting ia ‘healthy’ dan sangat sedap! Selamat mencuba semua.
Baca juga artikel:
- Donut Bantal : Resepi Mudah Hanya Dengan 5 Bahan!!!
- Kuih Sekaya Terengganu: Masak Dengan Tiga Bahan Sahaja.
Artikel oleh Syuriana Ibrahim