Resepi Nasi Kandar Kuah Banjir

You are currently viewing Resepi Nasi Kandar Kuah Banjir

Hai semua! Siapa kat sini penggemar nasi kandar? Lebih-lebih lagi yang kuahnya banjir? Min la tu orangnya hehe. Jadi, harini min nak kongsikan resepi lengkap nasi kandar yang korang boleh buat sendiri kat rumah. Jom kita semak sama-sama!

1. NASI

Bahan-bahan:

  • 4 cawan beras
  • 4 biji bawang putih (kisar)*
  • 8 biji bawang merah (kisar)*
  • 3 batang kulit kayu manis*
  • 3 kuntum bunga lawang*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 3 biji bunga cengkih*
  • 1 ½ sudu besar rempah sup*
  • 6 sudu besar sos cili
  • Garam
  • Perasa jika suka
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • 6-8 titis pewarna kuning (pilihan)

Cara-cara:

  • 1. Tumis bahan-bahan bertanda * dengan minyak masak.
  • 2. Setelah siap tumis, masukkan beras, air, sos cili, garam, perasa dan pewarna kuning. Kemudian, tanak sahaja macam biasa.
nasi

2. AYAM GORENG MAMAK

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong & cuci bersih)
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 biji limau nipis
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 tangkai daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  • 1. Gaul tepung jagung, tepung beras, bawang putih dan halia.
  • 2. Masukkan serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit, lada hitam, garam, gula dan perahan air limau nipis. Gaul.
  • 3. Masukkan ayam, daun kari dan sedikit air. Perap dalam 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam secara deep fry.
ayam goreng mamak

3. KUAH HITAM

Bahan-bahan:

  • 1 kiub pati ayam/daging
  • ½ cawan kicap
  • ½ cawan sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili

    BAHAN UNTUK DISANGAI & DIKISAR KERING:
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • ¾ sudu besar biji ketumbar
  • ¼ sudu besar lada hitam

    BAHAN KISAR BASAH:
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar

    REMPAH RATUS YANG LAIN:
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum buah pelaga
  • 1 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

  • 1. Panaskan minyak dan tumis daun kari, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga bersama bahan-bahan kisar basah sehingga naik bau.
  • 2. Masukkan rempah kering yang dikisar tadi. Kacau-kacau.
  • 3. Masukkan kiub pati ayam dan sedikit air. Masak api perlahan sampai pekat.
  • 4. Setelah peka,t masukkan asam jawa, garam, kicap dan sos tomato serta sedikit air panas. Masak lagi sampai minyak terbit dan pekat. Rasa, tambah apa yang kurang. Siap.
kuah hitam

4. KARI TELUR

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur | rebus & kopek
  • 2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
  • 2 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
    **Semua rempah & serbuk-serbuk dicampur dan gaul dengan ½ cawan air, kacau sebati.
  • 1 biji bawang besar (kisar halus)
  • 3 ulas bawang merah (kisar halus)
  • 3 ulas bawang putih (kisar halus)
  • 1 inci halia (kisar halus)
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • Garam
  • Air asam jawa
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara-cara:

  • 1. Panaskan minyak, tumis rempah. Kemudian masukkan bahan kisar.
  • 2. Agak-agak dah naik bau, masukkan bancuhan serbuk rempah, serbuk cili dan kunyit tadi. Masak sampai pecah minyak.
  • 3. Selepas itu masukkan kiub pati ayam, garam, air asam jawa secukupnya. Masak api perlahan sampai mendidih. Lama sikit pun takpe.
  • 4. Akhir sekali, masukkan telur rebus. Siap.
kari telur

Menarik kan? Korang boleh ikut resepi yang lengkap ni dan buat sendiri kat rumah tau! Selamat mencuba!

Baca juga artikel: Nasi Kandar, Asalnya Makanan Ruji Buruh Kasar

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply