Resepi Acar Pisang Benggala: Temui Hidangan Kampung Unik yang Pasti Menggoda Selera!

You are currently viewing Resepi Acar Pisang Benggala: Temui Hidangan Kampung Unik yang Pasti Menggoda Selera!

Acar Pisang Benggala ni salah satu hidangan tradisional yang menarik, simple tapi penuh rasa. Dengan pisang benggala yang lembut, kuahnya masam-masam pedas dengan aroma rempah dan santan yang memang ‘padu.’ Rasanya seimbang – ada manis, masam, pedas, dan lemak – buat kita nak makan lagi. Selalu orang buat acar ni sebagai pelengkap masa kenduri atau makan dengan nasi, kasi ada variasi sikit. Nak cuba sesuatu yang lain dari biasa? Acar Pisang Benggala ni memang patut ada dalam senarai!

Bahan-bahan:

  • Pisang Benggala (keluarkan sedikit kulitnya, kelar, rendam dalam air garam, dan celur sekejap)
  • 1 kotak santan
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 1 atau 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 6-7 sudu besar cili kering kisar
  • 6 sudu besar cuka
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air (untuk kuah, jangan terlalu cair)

Cara-cara Memasak Acar Pisang:

  • Kelar sedikit pisang benggala yang telah dikupas sebagian, kemudian rendam dalam air garam. Celur sekejap hingga lembut tapi tidak terlalu lembik. Ketepikan.
  • Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia hingga lumat.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan cili kering kisar, tumis sehingga masak sempurna dan pecah minyak.
  • Tambahkan gula, garam, dan cuka secukupnya. Kacau sebati.
  • Masukkan pisang benggala yang telah dicelur, tambahkan sedikit air. Kacau dan biarkan kuah mendidih.
  • Masukkan hirisan bawang besar, kacau sebentar, dan biarkan kuah pekat. Matikan api.
  • Dah siap!!! Selamat mencuba semua!
Acar pisang
Acar pisang

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim.