Rendang Pucuk Ubi: Resepi Warga Nogori

You are currently viewing Rendang Pucuk Ubi: Resepi Warga Nogori

Rendang Pucuk Ubi ini merupakan salah satu hidangan yang berasal dari Negeri Sembilan. Ia menggunakan daun-daun kayu serta pucuk ubi yang dimasak kering sehingga daun bertukar menjadi kering dan gelap sebelum dihidangkan. Makanan ini juga sudah semakin sukar ditemui melainkan di Negeri Sembilan. Namun, tidak ramai yang membuatnya kerana proses penyediaannya mengambil masa yang agak lama.

Sajian Rendang Pucuk Ubi yang dimasak menggunakan resipi dan cara orang Negeri Sembilan ini memang sedap. Memang berasa setiap rencahnya. Sangat sedap dimakan bersama nasi malah jika diratah begitu sahaja juga sangat nikmat. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri menu ini, saudari Atia Halim ada kongsikan cara-caranya. Min petik resepi ni daripada blog Rasa.my tau.

Jom kita semak resepinya!

Bahan-bahan

  • 1 kg daun ubi /pucuk ubi – dibersihkan
  • 2 sudu serbuk cili
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan minyak masak

    Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji cili padi merah 
  • 1 genggam ikan bilis

Cara-cara

  • 1. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar dengan sedikit air hingga halus.
  • 2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga garing.
  • 3. Masukkan serbuk cili dan santan pekat, masak hingga mendidih.
  • 4. Seterusnya masuk pucuk ubi yang telah dibersihkan. Masak dan kacau sehingga kering.
  • 5. Buang sedikit minyak. Kacau lagi sehingga santan bertukar menjadi tahi minyak dan mengering.
  • 6. Tutup api dan sejatkan rendang tadi. Rendang Pucuk Ubi sedia untuk dinikmati.
rendang pucuk ubi sedia dinikmati

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply