Pulut Kuning: Simbol Adat & Ritual Dulu Kala

You are currently viewing Pulut Kuning: Simbol Adat & Ritual Dulu Kala

Pulut kuning simbolik kepada adat Aidil, W. (2011) dan ritual (Noor, Zakaria, Shahril, Hadi, & Zahari, 2013). Ini kerana, pulut kuning akan dihidangkan bagi upacara menyembah ancak untuk santapan makhluk ghaib semasa proses ritual keagamaan. Semasa upacara ancak, masyarakat zaman dahulu menghidangkan pulut kuning bersama ayam panggang atau ayam golek. Mereka percaya, makhluk ghaib akan menjamu selera dan tidak akan mengganggu penduduk kampung tersebut. Namun kini upacara itu sudah dihapuskan kerana ia adalah khurafat, Selain itu, ianya juga simbolik kepada kekayaan kerana ia berwarna kuning seakan warna emas.

Pada asalnya pulut kuning adalah hidangan di raja. Apabila majlis keraian dijalankan, raja akan memberi keizinan kepada rakyat jelata untuk menikmati kebesaran dari istana. Ini menunjukkan raja menitik beratkan kemakmuran negara dengan berkongsi santapan di raja. Masyarakat zaman dahulu juga menjadikan pulut kuning sebagai salah satu hantaran dalam majlis perkahwinan (Aishah@Eshah, H. M., Sulong, M. & Haziyah, H., 2010). Bunga telur akan dicucuk pada pulut kuning dan hanya tetamu kehormat sahaja atau saudara mara terdekat yang diberi bunga telur tersebut. Walaupun proses mengukusnya agak renyah, namun sehingga sekarang, pulut kuning masih menjadi hidangan utama dalam sesuatu majlis masyarakat Melayu.

Mari semak resepinya kat bawah!

Bahan-bahan

  • 500g beras pulut
  • 1 sudu kecil kunyit
  • air secukupnya, untuk rendam pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 3-4 helai daun pandan

Cara-cara

  • Rendam pulut yang digaul bersama kunyit sehingga lembut atau semalaman. Minimum 6 jam.
  • Toskan pulut (buang airnya). Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya.
  • Panaskan pengukus, dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  • Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap. Gemburkan pulut dengan garfu dan sedia untuk dihidang.
pulut kuning

Korang boleh hidang pulut kukus ni bersama daging kerutub, atau boleh juga dimakan dengan rendang ayam .

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.