Puding DiRaja merupakan salah satu menu pencuci mulut yang dihidang untuk Kerabat DiRaja Pahang. Menu pencuci mulut ini juga berasal dari Istana Pahang.
Puding DiRaja mempunyai bahan-bahan utama seperti pisang lemak manis, buah prune, buah cherry, dan kacang gajus

Selain itu, bahan penting adalah jala mas dan juga sos kastard yang manis dan berlemak.
Cara-cara untuk membuat jala mas:
- Asingkan kuning telur. Kemudian, kacau kuning telur dengan sebati. Masukkan kuning telur ke dalam acuan.
- Masukkan air, gula dan daun pandan dalam periuk dan masak ketiga-tiga bahan tersebut sehingga mendidih. Apabila sudah mendidih, keluarkan daun pandan.
- Dengan api yang perlahan, menggunakan acuan, tuangkan kuning telur pada jarak yang tinggi untuk menghasilkan jala mas yang halus.
- Keluarkan jala mas yang sudah masak dan tapis baki air manis tersebut.
Cara-cara untuk membuat sos kastard:
- Gaulkan telur, esen vanilla dan susu cair di dalam satu mangkuk.
- Kemudian tambahkan air, gula dan juga daun pandan.
- Masukkan acuan tersebut ke dalam periuk dan dimasak diatas api yang sederhana hingga mendidih.

Cara-cara untuk membuat pisang goreng:
- Minyak dipanaskan di dalam periuk bersama butter.
- Masukkan pisang ke dalam periuk tersebut dan goreng hingga pisang berwarna gold.
- Kemudian angkat pisang yang telah digoreng dan tapiskan.
Cara-cara untuk menghidang Puding DiRaja:
- Susunkan pisang goreng di dalam satu bekas atau mangkuk.
- Letakkan jala mas sehingga menutup pisang.
- Letakkan buah prune, buah cherry, dan kacang gajus di atas jala mas.
- Kemudian, tuangkan sos kastard sebagai langkah yang terakhir.

Jom kita cuba Puding DiRaja, menu pencuci mulut yang istimewa Istana Pahang!
Lihat video cara-cara untuk membuat Puding DiRaja di Youtube channel Dapur Berasap!