Peminat kopi tegar sila munculkan diri anda! Pesta Kopi Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Tempatan Fest kembali lagi pada 4 & 5 March 2023 ini di Lanai MaTic, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Antara sponsor yang terlibat ialah Mister Coffee Malaysia dan Susu Magnolia.
Tujuan Pesta Kopi ini adalah untuk mengumpulkan semua peminat kopi di bawah satu bumbung untuk mengenali dan merasai kepelbagaian kopi dan pada masa yang sama memperkenalkan jenama kopi tempatan ke skala yang lebih besar. Pesta Kopi ni pun sebuah inisiatif yang bagus untuk merancakkan lagi bidang kopi di negara kita.
Tarikan di Pesta Kopi
Majoriti vendor yang turut serta di Pesta Kopi ini adalah jenama tempatan, jadi ianya pasti sangat mengujakan. Boleh lah kita rasa kopi-kopi lokal yang pastinya ada their own twist to it. Antara kopi lokal yang bakal terlibat ialah Copei Coffee, Kisah Aku Dan Kopi, Tentang Rasa dan banyak lagi! Bukan kopi je yang ada tau, banyak juga vendor yang jual desserts yang menarik seperti croffle dan kroisan.
Apa yang menarik tentang Pesta Kopi ni adalah kita dapat melihat demonstrasi dan teknik kopi serta mempelajari kepelbagaian biji kopi. Selain daripada itu, kita dapat melihat seni orang tempatan kita dalam mencipta menu kopi yang menurut Min sangatlah kreatif. Contohnya Kopi Hitamanes (@yanghitamanes di Instagram) yang akan memperkenalkan ‘local fruits latte’ seperti mangosteen latte dan jackfruit latte khas di Pesta Kopi. Daripada kopi yang basic sampailah yang kita tak pernah expect, semua ada! Boleh click link ni jugak kalau nak baca tentang kopi yang dihidang dengan cara yang unik dan sangatlah Malaysia.
Pesta Kopi kali ini bukan sahaja untuk membeli kopi, tapi terdapat banyak lagi aktiviti menarik yang boleh kita saksikan. Antaranya adalah pertarungan seni latte. Pertarungan seni latte yang dikolaborasi bersama Sekolah Kopi ini merupakan sebuah platform di mana barista tempatan dapat menunjukkan bakat yang mereka ada. Tak sabar nak tengok!
Cara ke Pesta Kopi Kuala Lumpur
Untuk yang nak pergi ke sana menggunakan pengangkutan awam, boleh turun dekat stop LRT KLCC atau di Stesen Bukit Nanas kalau naik monorail, then korang just jalan sekitar 10 minit untuk ke sana. Boleh refer gambar kat bawah untuk info yang lebih detail.
Jadi, kalau korang free 4 & 5 March ni, jangan lupa untuk memeriahkan Pesta Kopi di Kuala Lumpur ya! Ia akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. Selamat mengopi!
Oh lepas mengopi boleh la jalan jalan cari makan dekat Kuala Lumpur. Boleh click link ni untuk rekomendasi tempat makan best kat Kuala Lumpur ni.
Lokasi
📍Lanai MaTic
140, Jalan Ampang, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
🗺️Google maps : https://goo.gl/maps/rEykRVch4iEKwnNX7
📱Instagram : @pestakopi
📱TikTok : @pestakopi
📱Facebook : Pesta Kopi
Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.