Nasi kandar utara semestinya memiliki rasa dan keunikkannya yang tersendiri. Pada hari ini, min ingin cerita berkenaan port makan nasi kandar yang pasti dapat memikat hati peminat nasi kandar utara. Nasi Kalut Jitra Mai yang terletak di Shah Alam, Selangor ini menggunakan lebih daripada 20kg nasi sehari dan memiliki pelbagai jenis hidangan lauk nasi kandar yang surrr. Ingin mengetahui lokasi di mana? Korang kena baca sampai habis.
Ingin mengetahui port makan di sekitar Shah Alam? Anda boleh tekan di sini.
Menu
Nasi Kandar
Nasi kandar dekat sini serius min kata memang surrr dan berbaloi untuk korang cuba. Gabungan nasi dan kuah campur dapat menambahkan selera korang untuk makan nasi kandar ini. Rasa nasi di sini sahaja juga dapat menarik minat pelanggan untuk menjamunya kerana rasa yang sungguh sedap. Saiz ayam juga besar dan puas untuk dimakan.
Martabak
Selain daripada nasi kandar, Nasi Kalut Jitra Mai juga menyediakan hidangan martabak ayam dan daging yang padu. Martabaknya penuh dengan isi dan min yakin ia tidak akan menghampakan peminat martabak. Korang boleh membuat pilihan untuk order sama ada martabak ayam atau martabak daging untuk dimakan.
Pendapat
Bagi min, peminat nasi kandar utara memang wajib cuba makan di sini. Bukan sahaja disebabkan lauknya yang menarik, tetapi aroma nasi sahaja boleh buat korang teringat-ingat. Kesedapannya memang syahdu. Jadi, tunggu apa lagi? Hampa pakat mai ramai-ramai na serbu Nasi Kalut Jitra! Nak tengok review? Korang boleh tonton video YouTube ini.
Ingin mengetahui tempat makan nasi kandar yang menarik? Sila tekan di sini.
Lokasi
📍Jalan Keluli AN7/AN, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/URrxPVaYmHDqhqMHA
⏰Waktu Operasi: 10.30am – 9pm (JUMAAT TUTUP)
📲Phone: 010-3505850
📲Instagram: https://www.instagram.com/nasikalut/?hl=en
📲Facebook: https://www.facebook.com/nasikalutjitramai/?locale=ms_MY
“Article curated by Areisya Putri”