Jom Layan Salman Nasi Kandar Dengan Berkonsepkan Murah, Banyak Dan Sedap

You are currently viewing Jom Layan Salman Nasi Kandar Dengan Berkonsepkan Murah, Banyak Dan Sedap

Mana orang Kajang? Meh muncul kejap, min nak share satu restoran nasi kandar paling surrrrr di Kajang. Korang ingat kat Penang je ke ada nasi kandar best? Kat Kajang pun ada tauu ha jangan main main.

Nama restoran nasi kandar tersebut adalah Salman Nasi Kandar. Salman Nasi Kandar terletak di Kampung Sungai Tangkas, Kajang, Selangor. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, dari jam 11 pagi hingga 8 malam. Tapi kalau lauk habis awal, berkemungkinan kedai diorang juga akan tutup awal.

Cawangan Salman Nasi Kandar di Kajang
Satu satunya cawangan Salman Nasi Kandar di Kajang. Sumber: Salman Nasi Kandar/ Facebook

Apa yang bestnya Salman Nasi Kandar ni? Macam kedai nasi kandar biasa, diorang juga mempunyai lauk dan sayur yang sama dan lengkap untuk nasi kandar iaitu sayuran, nasi kandar sendiri, kuah campur dan bajir, bendi, kobis, telur masin dan ayam goreng. Ayam goreng lah yang memainkan peranan penting disini di mana ayam goreng yang diorang sediakan sentiasa berada dalam keadaaan fresh dan masih panas. Saiz ayam pula tak cakap banyak lah memang besar gedabak orang kata.

Ayam goreng yang rangup
Tengoklah banyak mana ayam goreng yang diorang goreng dalam satu masa. Terliur weh! Sumber: Salman Nasi Kandar/ Facebook

Btw kalau korang nak cari nasi kandar di tempat lain contohnya kedai mamak sendiri, korang boleh check Nasi Kandar Pelita yang korang dah boleh jumpa di mana mana sekarang! Jom baca tentang Nasi Kandar Pelita di sini, https://purpledurian.my/makan/moden/nasi-kandar-pelita-kedai-nasi-kandar-yang-tak-jemu-dikunjungi-pelanggan/

Menu

1. Set Daging Masak Hitam (RM8)

Set Daging Masak Hitam
Set Daging Masak Hitam

Ini adalah nasi kandar dengan set daging masak hitam. Boleh order set ni untuk yang nak cuba nasi kandar tanpa sayur dan tanpa ayam goreng.

2. Set Ayam Goreng (RM7)

Set Ayam Goreng
Set Ayam Goreng

Ini pula set ayam goreng tanpa sayur. Tengok lah ayam goreng yang memang besar dan rangup tu. Yang bestnya diorang ni sentiasa topup ayam goreng diorang tau.

3. Set Istimewa (RM11)

Set Istimewa
Set Istimewa

Set istimewa pula adalah set ayam goreng atau daging masak hitam dengan sayur kobis, bendi, dan telur masin.

Review

Ada yang kata kuah diorang ni pekat sangat sampai tekak orang Penang tak boleh masuk. Tapi ada juga yang suka makan kuah yang pekat pekat. Citarasa masing masing lah kan tapi yang pastinya memang sedap, dapat pula kuah campur banjir, hidang pula satu set sekali dengan sayur lepas tu korang pilih lah nak lauk apa sama ada daging ataupun ayam goreng. Boleh kata semua yang bagi review kebanyakannya 9/10 atau 10/10 terus! Surrrr beb. Dalam nak makan nasi kandar tu, korang tahu tak nasi kandar pun ada kisah tersendiri? Haaa jom baca asal usul nasi kandar kat sini! https://purpledurian.my/makan/kisah-nasi-kandar-yang-ramai-tak-tahu/

Location

📍Salman Nasi Kandar

Lot 6741E, Jalan Bistari, Kampung Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/i4Gp5DiS9585agvYA

📲Phone: 016 224 7346

📲Instagram: https://www.instagram.com/salmannasikandar/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/nasikandarmurahbanyaksedap/

Comments