IMakan Expo kini kembali! Kali ini akan bertempat di iOi City Grand Exhibition & Convention Centre, Putrajaya pada 25 – 27 November 2022 bermula jam 11 pagi hingga 9 malam. Apa yang menariknya IMakan Expo ini adalah masuk percuma dan korang boleh dapatkan makanan atau minuman serendah RM1 sahaja!

Promosi RM1 mereka untuk barangan makanan daripada jenama tempatan dan antarabangsa, termasuk rumpai laut kering panggang Korea, mi segera, makanan ringan yang dibungkus dan banyak lagi.

Promosi makanan RM1 yang juga akan berlangsung di sana. Sumber: IMakan Expo/Facebook
IMakan Expo menyasarkan untuk menjadi Ekspo Makanan Terbesar di Malaysia yang menawarkan kepada pengguna tawaran terbaik daripada produk berkaitan Food & Beverage (F&B) daripada makanan ringan, tenusu, daging, buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan laut, minyak, kuih-muih, kopi & teh, makanan tambahan dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang ini dan make sure mark di kalendar korang pada 25 – 27 November ini di iOi City Mall Exhibition Centre untuk ekspo makanan terbesar di Malaysia ini! Jumpa korang di sana.
IMakan Expo, 25 – 27 November 2022
Entrance Fee: Free
Masa: 11AM – 9PM
📍 Location
Level 3, iOi City Grand Exhibition & Convention Centre,
iOi City Mall, Lbh IRC,
iOi Resort,
62502 Putrajaya
Phone: 03 9134 5145
Website: https://www.ifoodexpo.com.my/