Human Gang, Steak House Urban Dengan Keunikan Tersendiri

You are currently viewing Human Gang, Steak House Urban Dengan Keunikan Tersendiri

Korang dah makan ke belum tu? Ke masih tercari cari nak makan apa hari ni? Mana tahu sambil tunggu habis kerja, sambil fikir nak lunch atau dinner mana hari ni kan. Jom min nak share sikit satu restoran steakhouse gabungan dua artis tanah air kita.

Nama restoran tersebut adalah Human Gang. Berkonsepkan steakhouse yang menyajikan pelbagai jenis makanan western yang memenuhi citarasa korang. Human Gang ini adalah gabungan antara Nabil Ahmad, pelawak dan pengacara realiti TV dan Saharul Ridzwan, pelakon industri Malaysia. Terciptanya idea pembukaan Human Gang ini apabila dua sahabat seni ini setelah bertemu di salah satu majlis ilmu yang diorang hadiri.

Nabil dan Saharul
Nabil Ahmad dan Saharul Ridzwan, antara orang kuat di Human Gang. Sumber: humangang.co/ Instagram

Interior dalaman Human Gang ini tampak sangat ekslusif dengan bertemakan hitam dan surrounding yang cukup kemas dan tenang. Untuk makanan pula, specialty diorang adalah western. Jadi kalau korang tengah mengidam nak makan steak, Human Gang lah tempat yang sesuai!

Interior Human Gang
Suasana dalaman restoran Human Gang. Sumber: humangang.co/Instagram

Untuk orang utara yang rasa jauh nak pergi cuba Human Gang ni, min ada satu lagi restoran steakhouse yang best juga di Alor Setar iaitu Meat Freak BBQ & Steak. Boleh baca review min di sini https://purpledurian.my/makan/viral/meat-freak-bbq-steak-western-shop-popular-di-alor-setar/

Menu

1. Lamb French Rack (RM114.40)

Lamb Fench Rack
Lamb French Rack

Rasai kerak keperangan yang berperisa, juicy dan beraroma. Dengan tekstur yang lembut, sedikit rasa berasap semasa korang menghiris dan mengunyah daging halus di dalam mulut korang. Dihidangkan dengan ubi keledek, selada cos bakar, cendawan campur tumis, sos dua jenis, dan mentega herba buatan sendiri.

2. Wagyu Striploin (dari RM275.00)

Wagyu Striploin
Wagyu Striploin

Thick, juicy dan semestinya mouth-watering. Dimasak medium atau well-done. Direneh dengan sos khas mereka sendiri dan pelanggan akan merasai daging yang halus tidak seperti yang lain. Nikmati squished berminyak, bau aroma eksotik dan rasai perasa tempatan dengan setiap kunyahan daging halus di dalam mulut korang.

3. Roasted Spring Chicken (RM53.90)

Roasted Spring Chicken
Roasted Spring Chicken

Ayam bakar rangup dengan confit keledek, cendawan campur, salad mesclun, salsa mangga dan dengan satu-satunya Sos Danok buatan mereka sendiri!

Review

Haaa min baru letak tiga menu tau. Ada banyak lagi menu yang best best ads di Human Gang ni tapi tak cukup lah kalau nak list semua. Apa pun review review customer yang dah cuba di Human Gang ni semua bagi feedback positif. Bagi min harga memang sedikit tinggi tetapi bila korang tengok balik, memang sesuai lah dengan harga tu, bukan sahaja kualiti daging yang dipilih, tetapi juga portion yang besar. Jangan lupa singgah kalau korang ada di TTDI atau dari jauh yang nak cuba apa yang best di Human Gang ni, korang boleh check location yang min dah sediakan di bawah ya.

Btw kalau korang nak cuba hidangan sichuan atau chinese food di TTDI, min suggest korang untuk pergi ke Malatoop. Boleh baca perkongsian min di sini ya https://purpledurian.my/food-review/malatoop-hidangan-cina-pedas-meletup-yang-halal/

Location

📍Human Gang

35, Jalan Tun Mohd Fuad 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

🗺️Google Maps: https://goo.gl/maps/yiRjm6FyVWgzbxUU7

📲Phone: 03 2333 0492

📲Instagram: https://www.instagram.com/humangang.co/?hl=en

📲Facebook: https://www.facebook.com/humangang.co/

Comments