Daging dan Ayam Berasaskan Tumbuhan, Green Rebel Beri Kelainan Buat Penggemar Vegetarian

You are currently viewing Daging dan Ayam Berasaskan Tumbuhan, Green Rebel Beri Kelainan Buat Penggemar Vegetarian

Korang pernah dengar tak ada makanan yang vegan-friendly ataupun makanan yang berasaskan tumbuhan? Haaa ada satu produk iaitu Green Rebel yang menghasilkan makanan berasaskan tumbuhan sahaja seperti ayam daging dan cheese pun ada tau.

Jom min cerita sikit asal usul Green Rebel ni. Green Rebel merupakan syarikat startup protein alternatif yang terkemuka di Indonesia yang kini telah melebarkan sayapnya di Malaysia. Green Rebel ini menyediakan daging alternatif berasaskan tumbuhan untuk pengguna Asia yang ingin mencuba diet fleksitarian yang lebih sihat.

Green Rebel Beefless Steak
Green Rebel Beefless Steak yang lembut dan juicy. Sumber: greenrebelfoods.id/ Instagram

Pengasas mereka iaitu Helga Angelina dan Chef Max Mandias, yang juga merupakan vegan, memulakan Green Rebel dengan komitmen untuk menjadikan daging berasaskan tumbuhan lazat, murah dan tersedia secara meluas sambil mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Secara rasminya, Green Rebel akan bekerjasama dengan restoran tempatan yang disokong oleh chef-chef di Malaysia untuk mencipta hidangan popularnya dalam pelbagai bentuk yang berbeza seperti Beefless Rendang dan Chick’n Satay serta pelbagai lagi jenis produk daging alternatif berasaskan tumbuhan lain.

Chick'n Satay dengan sambal Taichan
Chick’n Satay dengan sambal Taichan
Beefless Rendang
Beefless Rendang yang menggunakan bahan organik

Produk Green Rebel ini boleh didapati di Hijau Kuala Lumpur, Simply Good Food, The Hungry Tapir, Crown Colony, Vicked Good Atlas, Vegan District dan Tanoshi Mart.

Selain daripada daging dan ayam, makanan seperti cendawan dan soya bukan GMO digabungkan dengan tepung ubi kayu yang diproses dan bijiran penuh, tepung beras dan oat penuh untuk menghasilkan protein asas berkhasiat Green Rebel.

Kyuki Rebel Geprek Sambal Mangga Burger
Kyuki Rebel Geprek Sambal Mangga Burger, kolaborasi antara Green Rebel dan Kyuri Burger. Sumber: greenrebelfoods.id/ Instagram

Rempah-rempah dan herba semula jadi seperti serai, lengkuas, kunyit, ketumbar, asam jawa dan cili bukan sahaja memberikan rasa, malah juga memberikan pengalaman rasa umami semula jadi yang penting bagi syarikat Green Rebel dan menghilangkan keperluan MSG tambahan.

Green Rebel telah dilancarkan di Indonesia pada September 2020 yang lalu dan diasaskan oleh pasukan yang sama yang mengasaskan Burgreens, iaitu rangkaian restoran yang juga berasaskan tumbuhan terbesar dan famous di Indonesia. Selepas pengembangannya ke luar Indonesia di seperti di Singapura pada April 2022 dan Malaysia pada November 2022, Green Rebel teah bersedia untuk berkembang ke Filipina, Vietnam, Korea Selatan dan Australia.

Website: https://greenrebelfoods.com/

Instagram (Indonesia) : https://www.instagram.com/greenrebelfoods.id/?hl=en

Instagram (Malaysia) : https://www.instagram.com/greenrebelfoods_my/?hl=en

Phone: +62 818 818 170