Ayam Pedas Bollywood, Menu Terbaru Dari The Chicken Rice Shop

You are currently viewing Ayam Pedas Bollywood, Menu Terbaru Dari The Chicken Rice Shop

Tahu tak korang The Chicken Rice Shop ada menu baru? Ayam Pedas Bollywood! Menu baru ini didatangi dengan dua ketul ayam dan sos yang diinspirasikan oleh Bollywood.

Harga bagi menu ini hanya RM18.90 untuk ala-carte. Hidangan ini adalah hidangan yang terbaru dalam siri menu yang berpatutan dan inovatif yang diperkenalkan oleh The Chicken Rice Shop.

Menu terbaru Ayam Pedas Bollywood dari The Chicken Rice Shop.
Ayam Pedas Bollywood yang dibawakan dari The Chicken Rice Shop. Tengok je pun dah kecur air liur. Sumber: thechickenriceshop.com

Selain ala-carte, korang juga ada menyediakan tiga jenis set yang boleh korang order. Harga bagi setiap set pula bermula dari RM21.90 untuk satu pax, RM49.90 untuk dua pax dan RM98.90 untuk 4 pax.

Korang juga boleh dapat harga istimewa bagi hidangan lain seperti Nyonya Pal Tee, Crispy Wanton, Kerabu Mango, Homestyle Chicken Tofu dan banyak lagi untuk setiap pembelian set Ayam Pedas Bollywood.

Menu dan set untuk Ayam Pedas Bollywood
Antara menu dan set yang didatangi dengan menu Ayam Pedas Bollywood. Sumber: thechickenriceshop.com

Menu Ayam Pedas Bollywood ini hanya datang untuk masa yang singkat sahaja, jadi jangan terlepas peluang untuk singgah di cawangan The Chicken Rice Shop berdekatan untuk mencuba tahap kepedasan Ayam Pedas Bollywood ini!

Website: https://www.thechickenriceshop.com/