Negeri Sabah sangat terkenal dengan keunikan makanan dan juga sebagai syurga makanan laut. Ini kerana kedudukan geografi Sabah yang dikelilingi laut mempengaruhi makanan makanan kat sana. Sabah juga salah satu tarikan pelancongan utama di Malaysia kerana keindahan pulau-pulau disana. Malah, kepelbagaian makanan disana juga menarik minat ramai untuk jadikan Sabah sebagai destinasi untuk melancong.
Disini Min ingin kongsikan beberapa makanan unik yang korang wajib cuba bila dah ada kat Sabah nanti.
1. Latok
Latok sejenis makanan laut yang juga sering dipanggil sebagai anggur laut kerana ada rasa macam anggur dalam saiz mini. Latok ni sebenarnya rumpai laut dan senang nak jumpa di pulau-pulau Sabah sebab tu dekat sana boleh dapat dengan harga murah je tau. Biasanya Latok ni dimakan mentah-mentah dengan perahan limau dan cili, sedap juga kalau dapat cicah dengan air asam.
2. Hinava
Ini pula makanan tradisional masyarakat Kadazandusun yang turut dikenali dengan Hinavan Ginapan. Hidangan ini terdiri daripada isi ikan yang segar yang dicampur dengan parutan biji buah bambangan, halia, cili merah, limau, bawang merah dan diperasakan dengan garam. Orang Sabah juga panggil ini sebagai ‘sushi ala-ala Sabah’ kerana hidangan ini tidak dimasak dan dimakan fresh.
3. Ambuyat
Ambuyat merupakan sejenis makanan digemari, bukan sahaja orang Sabah tapi rakyat Malaysia. Ia dihasilkan daripada tepung sagu dan merupakan makanan tradisional bagi masyarakat Brunei dan Bisaya. Ambuyat dimakan bersama bersama lauk-lauk sampingan seperti ikan, daging dan sayur-sayuran. Ambuyat ni sedap dimakan masa tengah panas kerana teksturnya yang lembut. Siapa pernah tasa mesti tahu betapa sedapnya Ambuyat ni.
4. Burasak
Burasak atau buras merupakan makanan tradisional bagi kaum Bugis yang tinggal di Sabah. Burasak ni dibuat daripada beras, santan dan dibalut dalam daun pisang dan dimakan bersama lauk-pauk. Selalunya orang Bugis akan hidangkan semasa musim perayaan mereka. Rasanya agak berlemak dan penuh dengan rasa yang cukup untuk buat korang ketagih tau.
5. Serunding Tuhau
Tuhau ni nama sejenis tumbuhan yang banyak dekat kepulauan Borneo. Selalunya orang Sabah akan buat serunding menggunakan Tuhau ni dan ia juga adalah makanan ni ialah hidangan tradisional kaum Kadazandusun yang terkenal dikalangan rakyat Sabah. Dah memang nature serunding kan sangat sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Kalau datang Sabah wajib cuba yang ni, barulah lengkap trip ke Sabah.
Kepada penggemar makanan, anda wajib cuba semua 5 makanan Sabah yang Min senaraikan ni tau. Kalau pergi Sabah dan tak makan makanan tradisional kat sana, korang tak betul-betul experience la keunikan rasa di Sabah.
Korang pun boleh baca artikle ” Makanan Tradisi Unik Orang Sarawak“.