Merungkai Keunikan Ketupat sebagai Identiti Makanan Warisan Melayu

You are currently viewing Merungkai Keunikan Ketupat sebagai Identiti Makanan Warisan Melayu

Soul Food atau dalam kata lainnya makanan tradisi utama bangsa Melayu, ketupat sebagai salah satu warisan yang dibawa ke genersi seterusnya. Kini, ketupat bukanlah makanan semata, malah ketupat merupakan simbolik kebanggaan terhadap variasi tradisi dari bangsa Melayu. Dari peringat umur tua hingga muda, ketupat bukanlah satu makanan yang mudah ditolak dan sampai satu tahap orang muda pada zaman sekarang beramai-ramai ingin belajar cara memasak ketupat. Bukan itu sahaja, Golongan tua juga berpusu mengajar cara membalut ketupat menggunakan daun palas.

Ketupat Palas- Makanan identiti Bangsa Melayu
Sumber: Laman Sesawang RASA

Min yakin orang muda sekarang hanya tahu ketupat palas sahaja, sini min share ketupat ain selain ketupat palas:

1- Ketupat Bawang- Beza ketupat bawang dengan ketupat palas adalah cara menganyam sahaja, selain itu isi nasi pulut dan cara masak sama sahaja.

2- Ketupat Nasi- Nama lain yang lebih gemar disebut dan dikenali adalah nasi impit

3- Ketupat Borneo- Dibalut dengan daun pisang nipah dan dimakan dengan asam pedas dalam kalangan etnik Bugis di Sabah

4- Ketupat Sotong- Perbezaan ketara balutan ketupat yang boleh dimakan sekali, selalunya dijumpai di Kelantan.

Korang kalau nak tahu juga, ketupat palas bukannya ada inti pulut semata:

Untuk korang yang baru tahu, ketupat palas ada jantina tahu. Ada jantan dan betina, jadi sini min tolong macam mana nak bezakan antara jantan dan betina.

Kalau jantan ikatannya boleh dilihat lebih kemas dan bahagian pulut akan lebih di bahagian akhir balutan. Kalau betina pula? ha kalau betina dia lebih kecil, bukan macam jantan yang ada lebihan pulut di akhir balutan dan senang cakap kurang kemas berbanding ketupat palas jantan. Tetapi, lidah masing-masing kan, bagi min dua-dua rasa sama ja.

Zaman sekarang ni kan dan banyak R&D, jadi inti ketupat pon dah lain ikot peredaran zaman.

Jenis Inti Ketupat Palas
Sumber: Facebook

Ketupat ni ada banyak inti, ikutkan banyak ni tetapi min share yang selalu dijual dan rasa dia pon enak

1- Inti pulut hitam- Tak macam ketupat biasa, beras pulut digunakan adalah beras yang biasa digunakan untuk buat ketupat. Yang ini pulut hitam, ha yang ni memang khas untuk ketupat sahaja ya

2- Inti serunding- Serunding disumbatkan di tengah pulut sebelun dimasak

3-Inti jagung- Jagung dikupas dan dicabut isinya dan kemudian diadun sekali dengan pulut beras.

Jadi itu sahaja min nak share, sempena dah habis puasa dan dah beraya bagi orang Islam dan bukan orang islam dialukan untuk mengetahui budaya orang Melayu melalui makanan sahaja. Min share skit link untuk korang tgk cara makan ketupat ni. boleh klik disini dan disini. Harap dapat membantu korang yang masih tak tahu tentang tradisi orang Melayu ni.

Artikel made by Jabarullah