Menu Baru Tealive Boleh Potong Kaki?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Moden
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Menu Baru Tealive Boleh Potong Kaki?

Apa? Tealive keluarkan menu baru lagi?!

Makin berpanjangan PKP, makin banyak restoran dan jenama terkenal keluarkan produk baru.

Demi nak gembirakan hati pelanggan-pelanggan yang sedang tertekan pada waktu yang sukar ini.

via GIPHY

Baru-baru ini, Tealive telah mengeluarkan menu baru iaitu Taro series yang terdiri daripada 3 minuman baru iaitu:

  • Yam Yam Milk Tea with Yam Balls & Sago
  • Yam Yam Smoothie with Pearls & Sago
  • Yam Yam Brown Sugar Smoothie with Pearls & Sago
tealive new menu

Yam Yam Milk Tea with Yam Balls & Sago adalah minuman milk tea yang dicampur dengan perisa keladi. 

Tambah lagi dengan yam balls iaitu bebola keladi ala-ala hidangan pencuci mulut Taiwanese, Taro Ball. Minuman ini juga beserta dengan sago! 

Yam Yam Smoothie with Pearls & Sago adalah minuman ice blended yang berperisa keladi beserta dengan pearls dan sago.

Sesuai bagi penggemar-penggemar minuman ice blended!

Yam Yam Brown Sugar Smoothie with Pearls & Sago adalah lebih kurang Yam Yam Smoothie with Pearls & Sago, cuma ditambah perisa brown sugar.

Bertambah rasa manis dan lemak didalam minuman ini!

Tapi ingat, kalau nak minum minuman-minuman yang manis macam ni, perlulah berpada-pada.

Nanti tak pasal-pasal kena potong kaki.

via GIPHY

Apa pendapat korang tentang menu baru Tealive ini?

Komen di ruangan bawah!

Penggemar keladi jangan lupa untuk cuba menu baru Tealive!

Comments