Orang kata kalau makan makanan yang nama-nama dia menarik ni lagi sedap, betul ke?
Generasi zaman sekarang mempunyai pelbagai idea-idea yang kreatif yang boleh dijadikan konten di media sosial dan kemudiannya viral, lagi-lagi pada waktu dan situasi macam sekarang ni.
Kalau nak cakap tentang resepi, dah banyak resepi-resepi yang menarik dan pelik kita jumpa di media sosial kebelakangan ni.
Tapi, nama-nama yang diberi untuk makanan-makanan biasa pun boleh jadi menarik dan pelik tau!
Sebuah restoran yang bernama Send Noods telah membuat orang ramai membaca nama tersebut 2 hingga 3 kali!
Send Noods yang bermaksud “hantar mee” di dalam Bahasa Melayu merupakan sebuah restoran yang boleh didapati di GrabFood dan FoodPanda.
Nama restoran ini adalah sebuah play on words di mana perkataan “Noods” adalah singkatan bagi perkataan “Noodles”.
Namun, jika kita sebut “Send Noods” ia akan berbunyi seperti…
Jangan risau! Nama restoran ini adalah hiburan semata-mata!
Salah satu menu dari Send Noods dinamakan Choke Me Shiok Mee.
Choke Me Shiok Mee
Nama sahaja macam tu, tapi menu ini terdiri daripada mee kuning yang di goreng dengan secret sos mereka bersama telur, sayur-sayuran dan sos tomato.
Resepi yang biasa, nama makanan yang luar biasa.
Mereka juga ada menu yang dinamakan Daddy Maggi.
Daddy Maggi
Menu ini terdiri daripada maggi yang digoreng bersama telur, sayur-sayuran dan sos tomato.
Wow, simple sangat menu ni!
Mungkin ia special sebab dimasak oleh seorang bapa…?
Korang pernah makan tak menu-menu di Send Noods?
Apa pendapat korang tentang restoran ini?
Kalau yang dah pernah merasa tu, mesti nak Noods lagi, betul tak?