Mee Celup Jeluok Mekraa – Rasai Mee Yang Tersembunyi di JB

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Mee Celup Jeluok Mekraa – Rasai Mee Yang Tersembunyi di JB

Wah… Ada kedai jual mee la kat JB ni. Hidden pula tu. Tempat ni best ke? Nampak macam biasa je… Tapi kan guys, Mee Celup Jeluok Mekraa ni memang terbaik la! Boleh dikatakan hidden gem of JB gitu.

Untuk pengetahuan korang la, tempat ni terletak di Kempas Denai, Johor Bahru. Tempat ni dikatakan tersembunyi tapi kalau korang pegang phone kat tangan search je kat Google Map, jumpa punyalah! Banyak orang bagi review yang makanan kat tempat ni sememangnya sedap. So, tunggu apa lagi, skrol ke bawah untuk tengok apakah menu yang dijual kat Mee Celup Jeluok Mekraa ni. Untuk ketahui tempat yang jual mee celup, tekan link ni: https://purpledurian.my/makan/nak-makan-mee-celup-dengan-lauk-celup-tepung-yang-penuh-satu-talam-hanya-di-ketereh-kelantan/

Review Mee Celup Jeluok Mekraa (google.com)
Review Mee Celup Jeluok Mekraa (google.com)

Menu

Mee Celup

Mee Celup Jeluok Mekraa (facebook.com)
Mee Celup Jeluok Mekraa (facebook.com)

Tengok je dah buat korang terliur kan? FYI, mee celup kat sini memang serba serbi sedap la. Dah la sedap, banyak pula tu portion untuk semangkuk mee celup tu. Confirm korang kenyang punyalah lepas makan semangkuk.

Nasi Goreng Gunung Berapi Jeluok Mekraa

Nasi Goreng Gunung Berapi Jeluok Mekraa (facebook.com)
Nasi Goreng Gunung Berapi Jeluok Mekraa (facebook.com)

Gunung Berapi? Apa kena mengena pula dah gunung berapi dengan nasi goreng ni? Ha… Untuk pengetahuan korang, cara nasi goreng dibuat ni ala-ala gunung berapa gitu. Kalau korang tak percaya, tengok link ni: https://www.tiktok.com/@meecelupmekr44/video/7202848208526068993
Korang akan paham punyalah! Kalau cara buat pun dah extravaganza, rasa nasi goreng ni apatah lagi kan?

Secara keseluruhannya, Mee Celup Jeluok Mekraa ni memang padan sangatlah dengan moniker hidden gem. Kalau tak cari, tak tahu kan. SO, warga JB tau siapa-siapa yang kat JB sekarang ni, tunggu apa lagi? Jom serbu tempat ni, rasai sendiri mee celup dan nasi goreng mereka. Untuk ketahui tempat yang best di JB, klik link ni: https://purpledurian.my/makan/kopi-campur-mentega-biar-betul-dah-viral-kopi-mentega-cafe/

Untuk maklumat lanjut mengenai Mee Celup Jeluok Mekraa, sila skrol ke bawah ya.

Mee Celup Jeluok Mekraa

📍Lokasi: Jalan Denai 12, Kempas Denai, 81200 Johor Bahru, Johor
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/SoqRMgMovc45uMyi7
⏰ 11am – 11pm (Setiap hari)
☎️ Phone: 011-6119 7869
📲Facebook: https://www.facebook.com/Meecelupgolokduriancorner/
📲Instagram: https://www.instagram.com/mekraa9/
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@meecelupmekr44

Article currated by Izzah Norsham