Wow! Korang Mesti Cuba Apam Balik Inti Prego di Apam Balik Kuhot!

You are currently viewing Wow! Korang Mesti Cuba Apam Balik Inti Prego di Apam Balik Kuhot!

Mari sini! Mari sini! Mari sini! Ha… Hari ini Izzah nak kongsikan dengan korang semua satu tempat yang menjual makanan yang bagi kita biasa je tapi inti tu ha… SPESIAL! Nak tahu? Korang kena skrol bawah untuk tengok apa yang spesialnya tentang inti apam balik di Apam Balik Kahot.

Terletak di Shah Alam, Apam Balik Kahot ni lebih dikenali disebabkan dengan kepelbagaian inti apam baliknya. Pelbagai review telah menyuarakan pendapat tentang apam balik di sini. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai tempat yang menjual apam balik yang sedap, sila klik link ini: https://purpledurian.my/food-review/markoba-apam-balik-premium-8-perisa-dalam-1/

Apam Balik Kuhot review (google.com)
Apam Balik Kuhot review (google.com)

Menu

Apam Balik

Menu Apam Balik Kuhot (tiktok.com)
Menu Apam Balik Kuhot (tiktok.com)
Chicken Apam Balik di Apam Balik Kahot (tiktok.com)
Chicken Apam Balik di Apam Balik Kahot (tiktok.com)

Bila dah namanya pun Apam Balik Kahot, sudah semestilah tempat ini menjual apam balik! Jadi, kalau korang dah tengok walaupun seimbas lalu camtu dekat menu, koang pun boleh perasan bahawa kedai ini menjual pelbagai jenis inti apam balik.
Tapi kat sini, Izzah nak cerita pasal apam balik ayam mereka, atau Izzah gelar “Apam Balik Prego” sebab inti ini menggunakan peperoni ayam dan sos prego. Dah macam pizza gitu cuma bezanya ini ialah apam balik. Lagi satu, apa yang Izzah boleh klasifikasikan tentang apam balik ini: TERBAIK!!!

Overall, bagi Izzah, korang kea cuba dan rasa apam balik kat sini. Buat pendapat dan tengok sama ada betul atau tidak kesedapan apam balik kat Apam Balik Kahot. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat ini, korang boleh skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat makan yang best di area Shah Alam, sila tekan pautan ini: https://purpledurian.my/food-review/selera-yang-menaikkan-selera-di-shah-alam-santapan-lazat-di-canton-villagerestoran-cina-muslim/

Lokasi

📍Apam Balik Kahot

⏰Waktu buka: 10.30 am – 8 pm (Ahad – Jumaat)
10.00 am – 8 pm (Sabtu)
🗺️Google Map: https://goo.gl/maps/FYJUKB4Le8K7NTmz8
📲Phone: 013-366 2341
📲Facebook: https://www.facebook.com/kuhotshahalam/
📲Instagram: https://www.instagram.com/kuhotshahalam/?hl=en

Article currated by Izzah Norsham