Masakan Negeri Sembilan: Masak Lemak Cili Api

You are currently viewing Masakan Negeri Sembilan: Masak Lemak Cili Api

Masak lemak cili padi merupakan salah satu masakan yang banyak menggunakan santan yang terkenal di Negeri Sembilan. Santan merupakan bahan asas dalam masakan orang melayu. Ia digunakan dalam segala jenis gulai atau masak lemak. Gulai atau masak cili api dikenali sebagai masakan kuning lada api atau “masok lomak lado api” satu-satunya masakan yang popular dan menjadi lambang masakan tradisional orang melayu Negeri Sembilan. Ia merupakan salah satu masakan daripada orang Minangkabau dan biasanya dimasak bersama ikan, siput sedut, ayam, sayur-sayuran dan daging salai. Masakan lemak cili padi ini dimasak tanpa menggunakan cili kisar atau bawang, bahan yang digunakan adalah santan, cili padi, kunyit hidup dan juga serai, sedikit garam bagi perasa.

telur dadar masak lemak
Sumber: Google

Bahan-bahan

  • Kelapa parut (Perah ambil pati santan sahaja, kalau boleh time perah tu letak air lebih tak perlu ramas berkali-kali cukup sekali buat je. Biasa masak untuk seekor ayam, 1kg daging, sekor ikan bersaiz besar…saya guna 2 biji kelapa bergantung pada saiz kelapa yang ni korang kena adjust sendiri)
  • Cili api (tumbuk lumat)
  • Kunyit hidup (tumbuk lumat)
  • Serai (dititik)
  • Asam keping

Cara-cara

  • 1. Bahan-bahan campur tu terpulang korang nak letak apa kalau nak letak petai, kikis dulu kulitnya rebus seketika).
  • 2. Sediakan kuali masukkan santan, cili yang ditumbuk. Guna api sederhana sentiasa kacau jangan bagi santan pecah minyak.
  • 3. Agak-agak kuah dah pekat masukkan ikan & bahan-bahan campuran korang. Nanti adjustlah api tu besarkan sikit.
  • 4. Kacau-kacau masukkan asam keping. Kalau masak dah letak asam-asam (belimbing buluh/tempoyak) tak perlu asam keping lagi, nak bubuh pun tak ada masalah.
  • 5. Masak lemak cili api paling senang dah letak semua tu tengok permukaan dah licin elok makna masakkan korang dah masak.

TIPS MASAK LEMAK CILI API DENGAN BAHAN BASAH YANG BERBEZA:

bahan basah
Sumber: Siraplimau
  • TELUR
    Kalau masak telur step masak kuah dia sama juga. Beza dia korang letak serai je, kuah dah masak baru korang pecahkan telur. Kalau boleh telur tu tak payah terbalikkan, korang just kacau-kacau je kuah tu dekat permukaan telur.
  • AYAM  & DAGING
    Masak ayam & daging. Cili, kunyit & serai yang dtiumbuk masukkan dalam ayam/daging. Letak sedikit air, rebus dulu (N9 kata kecutkan). Step seterusnya sama. Masukkan santan, asam keping kacau-kacau sampai masak.

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.