30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Nasi Goreng Belacan Ala Thai

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi / Viral
  • Reading time:8 mins read
You are currently viewing 30 Hari 30 Resepi Khairul Aming: Nasi Goreng Belacan Ala Thai

Puasa ke-18 kali ni Khairul Aming kongsikan banyak menu yang berkaitan dengan Thai. Contohnya, daging harimau menangis dan sos thai hijau, ayam phat phet thai, tom kha gai dan lain-lain. Memang special punya resepi untuk tahun 2023. Untuk pengetahuan korang Khairul Aming ni ada travel ke Thailand dan Indonesia sebab itu banyak menu kali ni berunsurkan Thai dan Indonesia. Jadi hari ni min nak kongsikan lagi resepi masakan ala Thai dari Khairul Aming iaitu Nasi Goreng Belacan Ala Thai. Ni mesti sebab beliau pernah rasa makanan ni dan beliau nak kongsikan dengan kita supaya kita pun dapat rasa juga.

Dah siap

Jauh nak ke Thailand tak apa jom kita masak Nasi Goreng Belacan Ala Thai yang sedap sangat !

Bahan-bahan:

  • 2 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi merah
  • 2 biji cili padi hijau
  • 1 biji telur
  • 1 pinggan nasi putih
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Belacan bakar (Nak belacan yang sedap disini –> https://shope.ee/5Uz5migwar)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Isi ayam
  • Air
  • Kicap pekat (Kicap pekat dah habis boleh beli disini –> https://shope.ee/5fIVz8dl01)
  • Sos ikan (Sos ikan thai boleh beli disini –> https://shope.ee/1q5nQ84k1i)
  • Gula
  • Air tepung jagung

Cara-cara:

tumbuk bawang dan cili

1. Mula-mula kita tumbukkan 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 biji cili padi merah dan 2 biji cili padi hijau.

masukkan belacan

2. Masukkan juga belacan yang sudah dibakar dan tumbuk sehingga lumat.

goreng telur nipis

3. Sediakan 1 biji telur dan pukul sehingga rata. Kita gorengkan telur senipisnya dan gulungkan untuk kita hiris telur nanti.

tumis bahan yg ditumbuk

4. Kemudian, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau.

masukkan nasi

5. Masukkan 1 pinggan nasi putih dan gaul sehingga nasi sebati dengan bahan tumisan.

masukkan sos

6. Selepas nasi agak sebati kita masukkan ½ sudu sos tiram, 1 sudu kicap manis, garam dan juga sedikit serbuk perasa. Gaulkan lagi sehingga perasa betul-betul sebati dengan nasi sebab kita tak nak nanti ada tergigit garam. Dah sebati boleh matikan api dan siaplah nasi goreng belacan kita.

tumis bawang dan ayam

7. Tapi kita nak buat lauk sikit lah makan dengan nasi goreng jadi tumiskan 1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang dihiris nipis. Bawang putih tu korang boleh ketuk je dan bila dah naik bau masukkan isi ayam dan gaulkan.

masukkan sos tiram dll

8. Selepas tumis sekejap dan ayam pun dah agak masak boleh masukkan air untuk jadikan lauk kita berkuah. Sekarang boleh masukkan 1 sudu sos tiram, 1 sudu kicap manis, ½ sudu kicap pekat, dan ½ sudu sos ikan. Kacaukan sedikit.

masukkan perasa

9. Masukkan juga serbuk perasa, garam dan juga gula untuk beri rasa manis sedikit.

tuangkan air tepung jagung

10. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk pekatkan kuah. Kacaukan sedikit dan matikan api.

nasi goreng belacan ala thai

11. Hidangkan nasi goreng belacan diatas pinggan bersama lauk ayam yang kita masak tadi. Boleh tambah kacang panjang dan cili potong kalau korang nak lagi pedas. Jangan lupa letakkan juga hirisan telur yang kita goreng tadi diatas nasi goreng dan siap boleh dimakan.

Haa..siap dah kita punya nasi goreng belacan ala thai. Sebenarnya kalau korang nak makan nasi goreng belacan tu tak nak masak lauk ayam tu pun boleh tak ada masalah tapi akan jadi kurang sedap lah kan. Resepi ni sesuai sangat kalau korang nak masa berbuka ataupun untuk makan sahur sebab resepi ni simple je. Mana mungkin Khairul Aming bagi kita resepi yang susah kan semuanya senang je nak buat. Korang kalau nak tengok video resepi nasi goreng belacan ala thai dari Khairul Aming ni boleh klik sini. Selamat mencuba korang !