KUALA LUMPUR, 30 OGOS 2023 – Nestlé Harvest Gourmet, salah satu jenama terkemuka dalam penghasilan makanan protein berasaskan tumbuhan di Malaysia, telah melancarkan sebuah kempen bertema #LoveAtFirstBite pada hari ini. Kempen ini diasaskan dalam mempromosikan sebuah konsep unik di Malaysia iaitu membawa sumber ladang secara terus ke meja hidangan mereka, Kempen ini menceritakan mengenai sebuah kisah seseorang yang ingin memberikan impak yang positif kepada diri mereka dan negara dengan mempraktikkan pemakanan protein berasaskan tumbuhan. Perubahan ini juga bertujuan dalam memberi impak pemulihan yang positif terhadap alam sekitar, pemakanan dan kesihatan masyarakat secara menyeluruh di negara ini.
Selain daripada Kempen yang dijalankan, Nestlé dengan membawa jenama “Harvest Gourmet” turut memperkenalkan sebuah produk baharu dalam barisan makanan protein berasaskan tumbuhan iaitu ‘Crispy Fish-Free Fingers’. Inovasi ini merupakan sebuah ciptaan baharu dalam segmen makanan laut protein berasaskan tumbuhan, dan tambahan produk ini semestinya membawa perhatian kepada rangkaian produk unggul Nestlé Harvest Gourmet, misalnya Nuget, Kutlet, Burger, dan Makanan Tumis Cincang. Denga rasa yang enak, produk yang begitu dinantikan ini penuh dengan sumber protein yang diperbuat daripada tumbuhan seperti kacang soya dan gandum dan juga gabungan bahan-bahan perasa seperti paprika, kunyit, dan minyak biji sesawi dalam menambah kelazatan produk ini. “Crispy Fish-Free Fingers” bukan hanya dihidangkan dengan rasa itu sahaja, ianya juga dipenuhi dengan tambahan herba khas Itali seperti oregano dan daun rosemary, dan malah menjadi sumber protein dan serat yang luar biasa. Produk terkini ini juga bebas dari bahan-bahan berlemak seperti trans lemak menjadikan hidangan ini dapat mengurangkan paras kolestrol. Penggunaan bawang merah, dan bawang putih, menjadikannya pilihan idaman bagi golongan vegan, vegetarian, dan semua golongan pada umumnya.
Rangkain rakan-rakan Nestlé Harvest Gourmet, termasuk Arwind Kumar, Dini Schatzmann, dan Qiu Wen, turut hadir pada sesi majlis pelancaran ini dengan penampilan pakaian istimewa masing-masing. Mereka memulakan acara dengan sesi ‘Jom Sembang’ yang merangkumi perbincangan menarik berkenaan padangan dan Cara mereka meraikan rasa cinta mereka. Acara seterusnya dimeriahkan lagi dengan penampilan mengejut daripada kumpulan artis tempatan yang menyampaikan lagu cinta yang iaitu ‘L-O-V-E’ yang memukau hati para hadirin. Para VIP juga turut menyertai dalam pelancaran #LoveAtFirstBite dengan mempamerkan 6 hidangan kegemaran Malaysia menggunakan produk Nestlé Harvest Gourmet . Hidangan-hidangan ini merangkumi Golden Crispy Nuggets dengan Sos Kari Mayo, Chargrilled Sate, Nasi Lemak dengan Chargrilled Rendang, Buttermilk Kutlet, Sensation Rendang Burger, dan Kutlet Rempah Kari. Mereka juga menggunakan produk Crispy Fish-free Fingers dengan Sos Pedas,Semua elemen yang dibawa turut menaikkan seri majlis pelancaran ini.
Ketua Solusi Makanan Tumbuhan Nestlé Malaysia & Singapura, Catherine Yap, yang berucap pada perasmian kempen #LoveAtFirstBite hari ini menyatakan bahawa, “Kami menyedari terdapat trend pemakanan yang kini beralih ke arah makanan berprotein berasaskan tumbuhan dan pihak kami berhasrat dalam memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup fleksitarian. Perkara ini mendorong pihak Nestlé Harvest Gourmet untuk memperkenalkan produk Crispy Fish-Free Fingers, yang menawarkan rasa enak dan cara penyediaan yang mudah. Kami mengekalkan komitmen Yang berterusan terhadap penggunaan bahan-bahan semulajadi, dam memastikan setiap produk kami dihasilkan dengan kualiti yang tertinggi. Pelancaran segmen makanan laut ini juga dapat menambahkan pilihan protein berasaskan tumbuhan dan memberikan kepelbagaian kepada masyarakat Malaysia”.
Pelbagai aktiviti menarik juga akan turut diadakan selama seminggu untuk para pengunjung #LoveAtFirstBite bagi menyambut rasa bangga rakyat Malaysia terhadap pemakanan yang sihat.
Pameran 4D Bertema ‘Ladang-ke-Pinggan’
Suasana mempesona akan pengunjung Rasai ketika melangkah ke pameran 4D bertema ‘Ladang-ke-Pinggan’ tersebut. Dengan penggunaan visual dan kesan bunyi yang menggambarkan ketelitian dalam proses penyediaan Crispy Fish-Free Fingers yang diperbuat daripada bahan-bahan tumbuhan. Pengeluaran produk ini menjadi kebanggaan pengeluaran tempatan, dan proses memperhalus resepi berasaskan produk ini telah memikat selera rakyat Malaysia. Filem yang amat berinspirasi ini membawa pengunjung ke proses Nestlé Harvest Gourmet, bermula dengan gambaran visual alam semula jadi seperti ladang-ladang serta tanaman dan beralih ke proses pembuatan Crispy Fish-Free Fingers hingga ke meja untuk dihidang.
Nestle Harvest Gourmet juga tidak melepaskan peluang Dalam meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan dengan menganjurkan Pameran Makanan Kegemaran Malaysia. Sempena sambutan hari Merdeka ke-66, acara ini diadakan untuk mempamerkan Dan meraikan makanan kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak dalam bentuk Jalur Gemilang gergasi yang dibuat dengan produk Nestlé Harvest Gourmet. Chef-chef Profesional Nestlé, Chef Salihin dan Chef Calvin juga turut menyediakan hidangan kegemaran tempatan seperti Sensational Burger Sambal menggunakan produk Nestlé Harvest Gourmet dan Nasi Kerabu berlaukkan Crispy Fish-Free Fingers semasa majlis pelancaran hari ini.
Di sampling itu, terdapat juga Kafe Pop-up dengan Menu Istimewa Sambutan Merdeka pada masa yang terhad. Jom singgah dan rasai hidangan berasaskan tumbuhan yang direka khas mengikut citarasa sajian kegemaran rakyat Malaysia dan meraikan semangat perpaduan dan cinta kita terhadap negara kita.
Nestlé’s Harvest Gourmet menjemput semua rakyat Malaysia untuk turut serta meraikan acara #LoveAtFirstBite dan rasai kenikmatan hidangan berasaskan protein tumbuhan lantas beralih kepada pilihan yang lebih sihat untuk diri sendiri dan alam sekitar.
Untuk mendapatkan info lebih lanjut berkenaan Kempen #LoveAtFirstBite, layari lama web https://www.harvestgourmet.my.
Mengenai Nestlé Harvest Gourmet
Nestlé Harvest Gourmet, jenama solusi hidangan protein tumbuhan memberikan anda rasa dan pengalaman cukup hebat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diperoleh secara berhemah. Rangkaian produk kami kaya dengan protein dan serat, bebas kolesterol, dan sesuai untuk diet vegan.
Nestlé Harvest Gourmet menawarkan cara yang mudah bagi anda menyediakan lebih banyak makanan berasaskan protein tumbuhan yang lazat. Ianya secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk beralih daripada protein haiwan kepada protein tumbuhan. Nestlé Harvest Gourmet menawarkan pelbagai produk protein tumbuhan, termasuk alternatif daging seperti Nuget, Kutlet, Burger dan Daging Tumis Cincang, dimana semuanya tinggi dengan protein. Selain itu, alternatif makanan laut kami, seperti Crispy Fish-Free Fingers, adalah sumber protein secara sendiri.
Nestlé Harvest Gourmet dikilangkan di kemudahan pembuatan solusi berasaskan tumbuhan di Shah Alam – iaitu yang pertama di ASEAN dan juga salah satu daripada dua sahaja yang terdapat di Asia. Kemudahan baharu itu akan menampung permintaan yang semakin meningkat bagi makanan protein tumbuhan untuk pasaran tempatan dan juga pasaran eksport.
Tentang Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 180 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang ke arah masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak 1912, kami telah menjana khasiat rakyat Malaysia menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.
Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia.