Kalau nak pergi Penang min nak korang datang ke restaurant ni. Min jamin korang tak akan menyesal punya. Menu laksa mereka memang unik dan ais kacang mereka memang padu sangat. Nama restoran ni adalah Laksa Kuah Pekat terletak di Bayan Baru, Penang. Laksa mereka sangat sedap penuh rasa ikan dan menu-menu mereka juga best untuk makan petang.
Restoran Laksa Kuah Pekat ni dekat tepi jalan je. Tapi kawasan makan mereka besar dan banyak meja. Kawasan makan mereka juga selesa dan bersih juga. Tapi korang yang bawa anak kecil tu pastikan anak korang duduk dengan korang dan jangan lari-lari. Menu dekat sini pun best dan menarik untuk breakfast dan makan petang.
Korang nak tengok video review pelanggan yang dah datang ke restoran Laksa Kuah Pekat ni. Memang terliur tengok makanan dia weh. Kalau dah ke Penang tu memang orang kata syurga makanan lah kan. Jadi min nak suggest dekat korang singgah di restoran ni yang terletak di Georgetown. Korang boleh baca dulu artikel ni.
https://purpledurian.my/makan/sambil-jalan-jalan-di-penang-jangan-lupa-singgah-di-don-western-grill/
Menu Laksa Kuah Pekat
1. Laksa Sarang Burung (RM9.00)
Menu yang paling wajib kena order bila datang ke restoran laksa kuah pekat. Portion yang besar kuah yang pekat bersama telur sarang burung yang rangup. Rasa dia memang padu bila makan panas-panas.
2. ABC / Ais kacang (RM6.00)
ABC atau ais kacang pun salah satu dessert yang selalu di order oleh pelanggan sebab isi dia memang banyak dan macam-macam ada. Manis pun sedang je sesuai makan masa cuaca tengah panas.
3. Bihun Sup Daging (RM8.00-RM12.00)
Bihun sup daging pun ramai juga yang order sebab portion dia banyak dan daging pun banyak. Daging dia tu tak lembut dan tak liat sangat memang sedap weh !
Banyak lagi makanan yang best dekat restoran Laksa Kuah Pekat ni. Contohnya, pisang cheese, ais jagung, nasi ayam, laksa ayam, dan macam-macam lagi. Harga dekat sini pun sangat berpatutan dan tak terlalu mahal pun tau. Restoran Laksa Kuah Pekat dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 12.30 tengah hari hingga 8.30 malam. Cepat-cepat ajak family dan kawan korang !
Location
📍 Laksa Kuah Pekat
Jalan Mahsuri, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
🗺️ Google Maps: https://goo.gl/maps/sX1gni7T47fXasaC9
📲Facebook: https://www.facebook.com/laksakuahpekatt/?locale=ms_MY
📲Instagram: https://www.instagram.com/laksa_kuah_pekat/?hl=en
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@laksakuahpekat