Kuih Sekaya Terengganu: Masak Dengan Tiga Bahan Sahaja.

You are currently viewing Kuih Sekaya Terengganu: Masak Dengan Tiga Bahan Sahaja.

Malaysia mempunyai pelbagai makanan unik dari segi sajian utama, makanan sampingan dan sebagainya. Kuih-muih di Malaysia juga tidak kurang hebatnya dari segi rasa dan tarikan. Pelbagai kuih-muih yang terdapat di negara ini, untuk kita jadikan santapan sampingan sebagai sarapan mahupun minum petang. Kali ini kita telusuri kuih yang asalnya dari negeri Terengganu.

Kuih Sekaya

Pernah dengar tentang kuih Sekaya? Kuih ini sangat popular ketika bulan Ramadhan. Meskipun rupanya tak begitu cantik, namun percayalah rasanya sangat sedap dan jarang ditemui. Jadi jika sesiapa teringin untuk mencuba atau merasai sendiri keenakan kuih tradisional ini boleh lah cuba masak. Resepi kuih sekaya ini juga sangat mudah, cuma dengan tiga bahan, siap! Mari kita belajar resepinya.

Bahan-bahan

  • 2 Keping nisang/gula melaka.
  • 5 Biji telur ayam
  • 200ml Santan
Santan kotak 200ml
Santan: (Shopee)

Cara-cara

  • 1. Mula-mula panaskan nisang atau gula melaka bersama air.
Gula Melaka
Gula melaka:(Google)
  • 2. Apabila nisang sudah cair ketepikan dan biarkan sejuk.
  • 3. Setelah itu, pukul telur tapi jangan terlalu kuat.
  • 4. Masukkan santan dan pukul lagi.
  • 5. Campurkan telur dan cecair nisang tadi, pukul lagi hingga kembang sedikit. (Jika terlebih pukul nanti tak jadi lubang-lubang kuih sekaya)
  • 6. Kemudian, potong kecil-kecil nisang dan letak dalam adunan sekata sebelum kukus.
  • 7. Seterusnya kukus dalam 40 minit.
Proses Kukus
Proses Kukus: (Google)
  • 8. Apabila masak sejukkan dan baru potong.
  • 9. Siap untuk dihidang!
Kuih Sekaya
Kuih sekaya: (YouTube)

Selamat mencuba semua!

Baca juga artikel:

Artikel ditulis oleh Syuriana Ibrahim