Kuih Karas: Rangup Sampai Leka Mengunyah!

You are currently viewing Kuih Karas: Rangup Sampai Leka Mengunyah!

Kuih karas merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras. Ia mempunyai bentuk seperti jaringan halus seperti bihun tetapi rangup dan rasanya manis. Kuih karas ini mempunyai bentuk seperti jala halus yang agak keras dan mempunyai rasa yang manis dan garing. Kuih karas dihasilkan dengan menggunakan adunan tepung beras cair yang dikirai dengan menggunakan acuan khas dalam minyak panas sehingga kuning keemasan. Ia kemudian diangkat dan dilipat dan ianya hanya disebut sebagai kuih orang tua atau kuih orang lama yang mungkin hanya dikenali sekiranya kita melawat makam Mahsuri di Pulau Langkawi. Rasanya yang manis dan pembuatannya yang unik dan sukar menyebabkan ianya sukar untuk dikekalkan dan ditinggalkan.

Jom kita semak resepinya kat bawah.

Bahan-bahan

  • 1 paket (500gm) tepung beras cap Teratai
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 cawan air biasa

Cara-cara

  • 1. Kacau gula dengan air hingga larut.Kemudian, tuang ke dalam tepung beras. Kacau sebati.
  • 2. Masukkan adunan ke dalam botol roti jala muncung 3 atau 5. Kalau ada acuan dia yang tempurung tu boleh la guna.
  • 3. Panaskan minyak. Pastikan minyak cukup panas saja, bukan terlampau panas. Minyak tak banyak sangat.
  • 4. Jalakan dari tepi banyak kali dalam 5-6 pusingan, kemudian baru jalakan ke bahagian tengah 5-6 kali. Kemudian ulang lagi jalakan sampai ke tepi dan ke tengah semula dalam 5-6 pusingan lagi. Jangan tebal sebab kita nak lipat ia nanti.
jalakan
  • 5. Lepas menjala, biarkan 5 saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk. Lalu, lipat sekali lagi jadi bentuk segitiga.
  • 6. Goreng sekejap sambil balik-balikkan hingga berwarna keemasan. Kuih karas ni cepat masak dalam 2-3 minit saja. Masa kita angkat tu, dia masih agak lembut,tapi lepas kita dah sejukkan ia akan keras sendiri. Rangup dan rapuh sangat.

Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Nurul Humaira’ Hasan.

Leave a Reply