Kombo Buka Puasa MyLaksa – Paduan Sempurna Asam Laksa Pedas dengan Ayam Popcorn yang Menggoda Selera!

  • Post author:
  • Post category:Makan
  • Reading time:4 mins read
You are currently viewing Kombo Buka Puasa MyLaksa – Paduan Sempurna Asam Laksa Pedas dengan Ayam Popcorn yang Menggoda Selera!

Salam Ramadan semua! Hari ini dah masuk puasa yang ke-20 dah. Cepat betul eh masa berlalu. Sepanjang Ramadan ini, korang dah ambil kesempatan unutk membeli makanan yang ada promosi tak? Kalau ada yang nak tengok promosi sepanjang Ramadan, boleh baca artikel ini ya. Hari ini Min ada berita yang gembira untuk penggemar asam laksa dari MyLaksa!

MyLaksa ialah rangkaian restoran popular yang mengkhusus dalam menyajikan hidangan tradisional Malaysia, dengan tumpuan kepada hidangan ikonik yang dikenali sebagai asam laksa. Asam laksa ini terkenal dengan adunan unik rasa masam dan pedas.

Kalau korang nak tahu, asam laksa merupakan hidangan yang berasal dari negeri Pulau Pinang Malaysia dan sejak itu menjadi hidangan kegemaran di seluruh negara. Ia adalah sup yang dibuat dengan sup ikan yang diselitkan dengan asam jawa, bunga halia, dan rempah ratus yang lain.

Selain asam laksa mereka, MyLaksa juga ada fishball dan juga gorengan yang merupakan hidangan sempurna bila dimakan dengan asam laksa. Dah alang alang Ramadan ni kan, mereka ada berkolobrasi dengan jenama tempatan yang popular iaitu Adabi Malaysia dengan menawarkan kombo menarik yang beserta dengan menu terbaru mereka. Jom kita tengok!

Kombo Krispi Fiesta MyLaksa

1) Kombo A

Nak tambahkan selera anda ketika berbuka puasa seorang diri? Nikmati Kombo A; asam laksa berserta ayam popcorn dengan sos Korea Adabi yang sangat istimewa!

2) Kombo B

Sharing is caring kan. Sempena bulan yang mulia ini, apa kata belanja keluarga, rakan dan orang tersayang anda dengan Kombo B Krispi Fiesta dan nikmati buka puasa anda bersama-sama di rumah?
Dalam kombo B ini terdapat 1x Asam Laksa Kaw Kaw, 1x Asam Laksa Istimewa, 2x Minuman, 1x Ayam Popcorn Rangup, 1x Sos Korea Adabi Pedas. Memang berbaloi!

Dengan kombo ini, MyLaksa adalah pilihan yang bagus untuk menikmati hidangan bersama pada masa istimewa tahun ini. Also, menu ayam popcorn dengan sos Korea Adabi tu cuma ada waktu bulan puasa ni je tau jadi jangan sampai ketinggalan!

Lokasi

📍 MyLaksa Malaysia

Untuk cari lokasi berdekatan anda, boleh klik link ini!

📱Facebook: MyLaksa Malaysia

📱 Instagram: @mylaksa.my

Artikel ini ditulis oleh Nuha Azaha.