Ke Tepi Hanya untuk Sahur dan Moreh? Juadah Sahur dan Moreh di Waktu Malas Memasak

You are currently viewing Ke Tepi Hanya untuk Sahur dan Moreh? Juadah Sahur dan Moreh di Waktu Malas Memasak

Penat memasak untuk Sahur dan Moreh? Ramadan dah nak abis tetapi mengidam nak makan luar? Tepi Coffee menawarkan makanan untuk sahur dan moreh sepanjang Ramadhan! Dengan tempat yang dihiasi lampu LED dan estetika kawasan yang berperanan menjadi tempat OOTD. Dari makanan sehingga minuman yang dibuat oleh pemuda-pemuda membangkitkan rasa hidangan.

Tepi Coffe, kedai dengan nilai estetika yang tinggi

Dibuka pada September 2021, bermula dengan premis gerai bergerak dan dinaik taraf pada hujung tahun 2021 menjadi sebuah cafe.

Ada 3 makanan yang menjadi tumpuan untuk mereka yang mahu sahur dan moreh

Roti Jala Kuah Kari Ayam

Roti Jala dikombinasikan dengan kuah kari ayam yang savori

Menurut “Food Reviewer” Nisamasy, Gulai ayam yang pekat dan rasa beremah masin memenuhi kriteria penghasilan roti jala yang asli.

Peknga Sambal Bilis

Rasa pedas sambal bilis dan rasa manis peknga menjadi menu tumpuan di Utara

Peknga yang tak asing lagi menjadi pilihan emak-emak. Menjadi makanan semasa bosan memasak nasi dan kudapan terbaik bersama sambal bilis. Untuk pengetahuan semua, peknga merupakan makanan tradisional di Kedah, dalam bahasa mudahnya peknga adalah lempeng kelapa. Di Pantai Timur, makanan ini selalu di sesuaikan dengan gulai ikan@ayam, kelapa parut dan juga pulut.

Peknga Pisang

Desert tradisional? Peknga Pisang yang manis dan sesuai di cecah santan atau susu cair

Tidak cukup kalau tidak merasa sesuatu yang manis, peknga pisang yang kaya dengan kemanisan pisang dan sesuai disuapkan kedalam mulut budak-budak. Menjadi pilihan tidak mengira umur.

Ketepi-ketepi pon banyak juadah yang disediakan. Tinggal pilih ja! Lebih lanjut bolehla singgah di laman sosial tepi cafe, dan video review oleh Nisamasy. https://vt.tiktok.com/ZSFxGEomT/ 

Kalau penuh macam mana? jangan risau berikut merupakan Port yang lebih kurang menawarkan juadah sahur dan moreh:

Kafe Meat and Eat- https://vt.tiktok.com/ZSFQVbtKh/

Menu istimewa Kacang Phool.

Nasi Lemak Parking Shah Alam- https://vt.tiktok.com/ZSFQV7jgP/

Untuk yang malas memasak dan nak makan luar untuk sahur sehingga moreh.

Tepi Coffee

📍 Jln Seri Gedung, Taman Seri Gedong, 08000 Sungai Petani, Kedah
🗺️ Google Map: https://maps.app.goo.gl/TNxUMC3cS5exWgfs7
⏰ 8am-5am (Tutup Setiap Rabu)
☎️ 014-322 4470
📲Instagram: https://www.instagram.com/tepi.coffee/
📲
Facebook: https://www.facebook.com/p/RAJA-Burger-Malaysia-100070104555132/
📲TikTok: TikTok: https://www.tiktok.com/@tepi.coffee