Kalamata Cafe – Kafe Yang Menyajikan Masakan Mediteranean & Egypt di KL

You are currently viewing Kalamata Cafe – Kafe Yang Menyajikan Masakan Mediteranean & Egypt di KL

Makanan Mediterranean dan makanan Egypt? Wow! Bila Izzah dengar ayat tu pun Izzah dah rasa lapar dah, korang pula macam mana? Sebab kalau ya, Izzah nak perkenalkan korang dengan satu kafe yang memang menyediakan aneka makanan dari Greek dan Mesir. Namanya ialah Kafe Kalamata.

Terletak di Kuala Lumpur, owner Kafe Kalamata ini menyediakan masakan dari Mediterranean dan Egypt kerana beliau dilahirakan di Greece tapi dibesarkan di Mesir. Menarik kan? Pelbagai review telah menyatakan kesedapan makanan yang disediakan di Kalamata Cafe. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat yang menyediakan makanan dari negara lain, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/rasai-kemewahan-resepi-mexico-di-rollo-mexican-food/

Kalamata Cafe Review (google.com)
Kalamata Cafe Review (google.com)

Menu

Beef Rib

Beef Ribs di Kalamata Cafe (google.com)
Beef Ribs di Kalamata Cafe (google.com)

Menggunakan daging lembu yang diimport khas dari Australia lalu dimasak menggunakan kaedah “smoking” menggunakan applewood selama 12 jam, daging yang dimasak amat sedap terutama sekali apabila dimakan dengan nasi Mediterranean. Memang TERBAIK!

Beef Moussaka

Beef Moussaka di Kalamata Cafe (google.com)
Beef Moussaka di Kalamata Cafe (google.com)

Makanan ini memang sedap, rasanya: Perrrrgggghhhh!!! Di dalam periuk beef moussaka ni, penuh dengan daging lembu Australia dan sayuran yang sedap bila digandingkan bersama! Memang UMMPPPHH! Gitu.

Kalau korang nak tahu menu apa lagi yang disediakan di Kalamata Cafe, korang boleh tengok di gambar yang Izzah masukkan ke bawah.

Menu di Kalamata Cafe (facebook.com)
Menu di Kalamata Cafe (facebook.com)
Menu di Kalamata Cafe (facebook.com)
Menu di Kalamata Cafe (facebook.com)
Menu di Kalamata Cafe (facebook.com)
Menu di Kalamata Cafe (facebook.com)

Secara keseluruhannya, Izzah memang rekomenkan korang untuk datang ke Kalamata Kafe dan rasai sendiri keenakan masakan yang didatangkan dari Mediterranean dan Mesir. Untuk maklumat lanjut, korang boleh skrol ke bawah. Untuk mengetahui tempat yang menyediakan makanan yang sedap di area KL, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/hening-spot-sarapan-tersembunyi-baru-di-kl/

Lokasi

📍 Kalamata Cafe
5 – 1, Jalan 26a/70a, Prima Ville, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰ Waktu buka: 10 am – 10.30 pm (Tutup: Isnin)
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/w53CMuRQdy2VQfjq8
📲Telephone: 017-665 9102
📲Website: https://linktr.ee/kalamata_cafe_kl
📲Facebook: https://www.facebook.com/kalamatacafekl
📲Instagram: https://www.instagram.com/kalamata_cafe_kl/

Article curated by Izzah Norsham