Hi guys! Harini min nak suggest dekat penduduk Johor Bahru atau korang yang nak bercuti ke Johor untuk cuba makan dekat sini. Kafe De Lambai yang terletak di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru menjual pelbagai variasi makanan yang pasti buat korang kecur air liur. Nak tahu apa menu-menu yang ada dekat sini? Korang baca sampai habis ok!
Ingin mencari tempat makan menarik di Johor Bahru? Anda boleh tekan di link ini. https://purpledurian.my/food-review/selamat-datang-ke-cafe-racer-by-grillbar-nikmati-hidangan-ala-fine-dining-johor-bahru/
Menu
Chicken Chop (RM6)
Siapa yang suka makan chicken chop, min suggestkan korang untuk makan dekat Kafe De Lambai ni. Harga chicken chop dia just RM6 je tau dan portion yang dihidangkan pun boleh tahan. Sos black pepper dia serius min cakap padu. Sesuai sangat bagi korang yang minat chicken chop with black pepper sauce.
Set Dulang (RM39)
Kafe ini menjual set dulang western yang murah dan sedap tau. Portion yang dihidangkan pun banyak. Sesuai untuk dimakan bersama keluarga tercinta. Korang akan dihidangkan dengan fish & chip, coleslaw, fries, spaghetti aglio olio, fried chicken chop dan chicken grill. Fish & Chip dia serius min kata, tebal dan sedap. Bunyi kruk kruk bila first bite tu teramatlah memuaskan.
Bagi min, Kafe De Lambai ni memang best sangat. Dahlah murah, portion pun besar. Kalau bawa keluarga makan boleh order set dulang untuk kongsi makan bersama-sama. Jadi apa lagi korang? Jomlah bawa family korang makan di sini! Kalau korang nak dengar or baca review pelanggan yang pernah datang ke sini, anda boleh tekan di sini.
Ingin mencari port makanan western yang best? Sila tekan di link ini. https://purpledurian.my/makan/sambil-jalan-jalan-di-penang-jangan-lupa-singgah-di-don-western-grill/
Lokasi
📍 No. 35, Jalan Kenangan Kg Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor
🗺️ Google Maps: https://maps.app.goo.gl/PtW8g1SSKMSMMYvdA
📲Phone: 018-942 4126
⏰Waktu Operasi: 1pm – 10pm (ISNIN – SABTU)
2pm – 10pm (JUMAAT)
(AHAD TUTUP)
📲Facebook: https://www.facebook.com/DeLambai/
📲Tiktok: https://www.tiktok.com/@delambai?_t=8gYCDIGZqcc&_r=1
“Article curated by Areisya Putri”