Izzumi Teppanyaki & Sushi Restaurant ialah restoran makanan Jepun yang menyediakan makanan yang pelbagai dan tidak terhad hanya kepada sushi.
Izzumi Teppanyaki & Sushi Restaurant ialah restoran jepun dengan suasana moden yang simple dan cantik. Kawasan dia tidak terlalu luas, tapi boleh ajak kawan lepak makan sekali. Design dalaman memang nampak menarik.
MENU
Pelbagai jenis menu makanan jepun ada di sini. Antaranya, sushi, appetizer, donburi, menrui, agemono, maki, itame, dan uramaki. Dengan harga yang masuk akal, pengunjung juga boleh dapatkan menu dengan harga yang paling murah di sini.
Makanan
1. Shoyu Udon (RM 12.80)
Shoyu Udon ialah mee yang diperbuat daripada tepung gandum dan warnya cerah manakala tekstutnya agak kenyal. Pengunjungnya yang datang boleh membuat pilihan sama ada mahu makan Shoyu Udon atau boleh memilih untuk menukar kepada Shoyu Ramen dengan harga yang sama.
2. Teriyaki Chicken Don (RM 18.80 -/+)
Donburi pula ialah adalah hidangan nasi dengan ayam dan sayur-sayuran, ditambah dengan sos teriyaki yang lazat. Macam dalam gambar ni, boleh nampak nasi di bawah sayur dan ayam dalam satu hidangan.
3. Salmon Cheese Roll ( RM 22.80 -/+)
Untuk hidangan signature, boleh dapatkan Salmon Cheese Roll iaitu menu berasaskan salmon dengan sayur-sayuran dengan toping spicy mayo dan juga sedikit parutan keju. Untuk merasai kelainan Salmon Cheese Roll yang berbeza, anda juga harus berkunjung ke Izzumi Teppanyaki & Sushi Restaurant .
Review
Min rasa Izzumi Teppanyaki & Sushi Restaurant memang lokasi best kalau anda nak makan Sushi bersama ahli keluarga atau nak ajak kawan-kawan datang rasai makanan jepun yang berbaloi di sini.
Kalau dah datang dan cuba, jangan lupa komen!
Location
📍 Izzumi Teppanyaki & Sushi Restaurant
15, Lorong Lintas Plaza 3 88300 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia
🗺Google maps: https://goo.gl/maps/5Ni8a81W52otC7aB9
📞Phone: 011-3688 1104
📲Facebook: https://www.facebook.com/izumiteppanyaki?mibextid=LQQJ4d
📲Instagram: https://instagram.com/izumiteppanyaki_?igshid=YmMyMTA2M2Y=
📲TikTok: https://www.tiktok.com/@izumiteppanyaki?_t=8aIyC7izbA9&_r=1