Homemade Dip N Dip Versi Bujang Guna Lempeng Je?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Homemade Dip N Dip Versi Bujang Guna Lempeng Je?

Dip N Dip merupakan restoran yang menghidang menu-menu pencuci mulut yang merangkumi brownies, cake, waffle, crepes dan pelbagai lagi.

desserts

Dip N Dip terkenal dengan chocolate yang berlimpah yang dituangkan di atas menu pilihan. Contohnya, chocolate crepe.

dipndip

Chocolate crepe adalah salah satu menu yang popular dikalangan pelanggan Dip N Dip dengan sejumlah chocolate yang banyak dituang menutupi seluruh crepe. 

Chocolate lover mesti boleh ketagih!

via GIPHY

Jangan risau, chocolate crepe tersebut juga boleh dihasilkan secara homemade oleh kerana resepinya yang simple. 

Terdapat pelbagai resepi untuk menghasilkan chocolate crepe ala-ala Dip N Dip ini yang menggunakan lempeng.

Resepi yang simple untuk menikmati chocolate crepe ala-ala Dip N Dip.

Bahan-bahan untuk lempeng:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur

Cara-cara:

  1. Bancuhkan tepung gandum, telur dan air panas.
  2. Panaskan kuali, kemudian masukkan sedikit minyak masak.
  3. Tuangkan satu senduk bancuhan lempeng.
  4. Terbalikkan sehingga dua bahagian sudah dimasak.
  5. Angkat lempeng dari kuali dan ulang proses yang sama hingga bancuhan habis.

Bahan-bahan untuk chocolate:

  • Milk chocolate bar
  • White chocolate bar (atau mana-mana chocolate pilihan)
  • Butter

Cara-cara:

  1. Menggunakan method double boil, sediakan air di dalam periuk.
  2. Tunggu sehingga air reneh, kemudian letakkan mangkuk di atas periuk tersebut.
  3. Masukkan chocolate bar yang dipotong kecil supaya mudah cair bersama dengan satu sudu kecil butter.
  4. Gaul sehingga cair.
  5. Ulang proses yang sama untuk chocolate bar yang selebihnya.

Cara hidang:

  1. Tuangkan milk chocolate yang dicairkan sehingga menutupi seluruh lempeng.
  2. Drizzle white chocolate.
  3. Sedia untuk dihidang.

Resepi yang simple untuk penggemar chocolate!

Jom lihat video cara-cara untuk menghasilkan homemade Dip N Dip di Instagram Purple Durian!

Comments