Kafe yang memiliki pakar nutrisi?! Biar betul ni? Ya… Izzah tak tipu. Bernama Health Bar, kafe ini memang kafe yang mmementingkan kesihatan pelanggan mereka. Sebab itulah mereka menggunakan tema kesihatan untuk kafe mereka.
Terletak di Mid Valley, Health Bar ini merupakan sebuah kafe yang mengkhususkan nutrisi makanan. Ini demi menjaga kesihatan pelanggan mereka agar mereka boleh menikmati makanan yang enak sambil menjaga kesihatan diri. Review mengenai tempat ini juga amat memuaskan. Untuk maklumat lanjut mengenai kafe yang mempunyai pengkhususan, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/kafe-pj-ini-hanya-menyajikan-minuman-yang-dibuat-daripada-coklat-dari-seluruh-dunia/
Menu
High Protein Waffle
Cakap pasal waffle, di Health Bar, mereka ada sediakan juga waffle tapi mestilah mengikut keutamaan mereka: SEDAP dan SIHAT! Jadi, korang boleh nikmati High Protein Waffle ni tanpa rasa ragu-ragu. Memang terbaik la!
Smoothies
Perrrrggghhhh!!! Sedapnyaaa smothies ni. Kalau tengok pun dah buat korang nak smoothies ni, kalau dah cuba apa lagi? Mestilah nak beli lagi kan?! Dah la sedap, baik untuk kesihatan pula tu. Memang 2 dalam 1 sungguh!
Overall, Izzah memang rekomenkan korang datang ke Health Bar ini dan cuba sendiri keenakan makanan dan minuman di sini. Untuk maklumat lanjut, korang boleh skrol ke bawah. Kalau nak tahu port makan yang sedap di area Mid Valley, korang boleh tekan link ini: https://purpledurian.my/makan/bbq-town-kegemaran-malaysia-untuk-semua/
Lokasi
📍 Health Bar
Health Bar Mezzanine Level, SouthPoint Tower, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
⏰Waktu buka: 9 am – 5 pm (Tutup: Sabtu – Ahad)
🗺️Google Maps: https://maps.app.goo.gl/Mc8bosSg2dSUfyfN9
📲Facebook: https://www.facebook.com/@Health-Bar-100067176596577/
Article curated by Izzah Norsham