Empat Jenis Acar Dalam Malaysia: Rasa Masam, Manis, Dan Pedas Yang Menggoda!

You are currently viewing Empat Jenis Acar Dalam Malaysia: Rasa Masam, Manis, Dan Pedas Yang Menggoda!

Acar adalah hidangan sampingan yang amat digemari di Malaysia, terutama untuk melengkapkan pelbagai hidangan utama. Ia terdiri daripada sayur-sayuran atau buah-buahan yang diawet menggunakan campuran cuka, gula, garam, dan rempah ratus, menghasilkan rasa yang masam, manis, pedas, dan segar. Berikut adalah empat jenis acar yang sering ditemui dalam masakan Malaysia:

1. Acar Timun

Timun

Menu yang merupakan yang paling popular dan mudah didapati dalam hidangan harian. Bahan utamanya ialah timun yang dihiris nipis dan dicampurkan dengan cuka, gula, garam, serta sedikit cili untuk memberikan rasa pedas. Kadang-kadang, bawang merah dan lobak merah turut ditambah untuk menambah warna dan tekstur. Makanan ini biasanya dihidangkan bersama nasi lemak, nasi goreng, atau hidangan mi. Rasa segar dan masamnya membantu mengimbangi hidangan utama yang kaya dengan rempah.

2. Acar Buah

Acar Buah

Hidangan ini pula menggunakan buah-buahan seperti mangga muda, nanas, dan kedondong sebagai bahan utama. Menu ini memberikan kombinasi rasa masam daripada buah dan cuka, manis dari gula, serta pedas daripada cili dan rempah. Ia sering dijadikan hidangan istimewa semasa majlis kenduri, jamuan, atau perayaan seperti Hari Raya. Rasanya yang unik hasil dari buah-buahan segar digabungkan dengan rempah tradisional mencipta kelazatan tersendiri.

3. Acar Nyonya

Makanan ini adalah salah satu hidangan warisan dari masyarakat Peranakan, yang memadukan unsur Melayu dan Cina. Hidangan ini menggunakan sayur-sayuran seperti timun, lobak merah, lobak putih, kacang panjang, dan terung. Sayur-sayuran ini diasinkan dengan campuran cuka, kunyit, bawang putih, dan cili, memberikan warna kuning cerah dan rasa yang pedas. Berbanding dengan yang lain, ia mempunyai rasa yang lebih pekat kerana menggunakan lebih banyak rempah. Ia sering dijadikan pelengkap untuk nasi atau mi dalam masakan Peranakan.

4. Acar Jelatah

Acar jelatah

Di kalangan masyarakat Melayu, Acar Jelatah adalah sejenis acar yang popular, terutamanya sebagai pelengkap kepada hidangan berlemak seperti nasi minyak dan nasi beriyani. Ia terdiri daripada timun, lobak merah, nanas, dan cili merah yang dipotong kasar. Cuka dan sedikit gula ditambah untuk memberikan rasa masam-manis yang seimbang. Makanan ini biasanya disediakan segar dan tidak diperam lama, menjadikannya lebih rangup dan sesuai untuk dinikmati dengan hidangan berat yang kaya dengan minyak dan rempah.

Tuntasnya, keempat-empat jenis acar ini memberikan variasi rasa dan tekstur dalam masakan Malaysia. Dari rasa yang sederhana, yang unik, yang kaya dengan rempah, hingga yang segar dan rangup, semuanya memainkan peranan penting dalam melengkapkan pelbagai hidangan utama di meja makan rakyat Malaysia. Selamat mencuba!

Baca juga artikel:

Artikel oleh Syuriana Ibrahim.