Cucur Maggi Lain Daripada Lain?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:6 mins read
You are currently viewing Cucur Maggi Lain Daripada Lain?

Ada yang panggil cekodok, jemput-jemput dan cucur.

cucur

Walaupun banyak nama panggilan untuk makanan tradisional ini, ia adalah makanan yang sama.

Terdapat juga pelbagai jenis cucur, contohnya seperti cekodok pisang, cucur udang, cucur sayur, cucur bawang, cucur manis, cucur ikan bilis, jemput-jemput jagung dan macam-macam lagi.

Jenis-jenis cucur ini terdapat dalam lebih dari 30 jenis. 

Salah satu daripada jenis cucur yang terbaru adalah cucur maggi. 

cucur maggi

Cucur maggi merupakan resepi yang boleh dikira baru kerana ia baru sahaja dipopularkan beberapa tahun lepas, manakala jenis-jenis cucur yang lain adalah dari turun-temurun.

Cara-cara untuk membuat cucur maggi adalah amat mudah kerana resepi untuk cucur maggi ini adalah sama sahaja dengan jenis cucur yang lain dan hanya perlu tambah maggi.

Jom kita buat cucur maggi!

via GIPHY

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus maggi yang direbus dan ditos 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 sachet perencah maggi 
  • 1 biji telur 
  • Sosej yang direbus (optional) 
  • 1/2 batang lobak merah disagat 
  • Minyak
  • Air sejuk
  • Cili merah 
  • 1/2 sudu kecil baking powder 

Cara-cara:

  1. Gunting maggi yang sudah direbus tersebut.
  2. Masukkan perencah maggi, telur, sosej, lobak merah, cili merah, dan tepung gandum. 
  3. Gaul sebati terlebih dahulu.
  4. Kemudian masukkan air sejuk dari peti ais supaya cucur rangup.
  5. Masuk air sedikit demi sedikit adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. 
  6. Rehatkan selama 10 minit. 
  7. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga garing.
  8. Angkat cucur maggi yang sudah garing dan toskan.
  9. Cucur maggi sedia untuk dihidang.

Resepi yang mudah untuk menghasilkan cucur maggi yang lembut didalam dan rangup diluar.

Lihat video ringkas cara-cara untuk menghasilkan cucur maggi yang rangup ini di Instagram Purple Durian!