Cendol Pak Ya – “Most Wanted” Cendol Di Rembau

You are currently viewing Cendol Pak Ya – “Most Wanted” Cendol Di Rembau

Hai korang, mesti kekadang korang craving nak makan cendol lagi-lagi kalau tengah musim panas. Haa alang-alang tu min nak kenalkan korang satu kedai cendol yang dah berlama bertapak di pekan Rembau sejak tahun 1948. Nak tahu lebih lanjut? Baca sampai habis tau.

Cendol Pak Ya merupakan kedai cendol yang berada di pekan Rembau. Kalau korang nak tahu Cendol Pak Ya ni dah ada di Rembau sejak 1948 lagi tau. Jadi buat sesiapa yang duduk di Rembau, takkan asing dengan kedai cendol ini. Suasana di Cendol Pak Ya berkonsepkan terbuka dan sesuai untuk korang ajak kawan-kawan atau keluarga untuk makan cendol di situ.

Suasana di Cendol Pak Ya
Suasana di Cendol Pak Ya

Seperti nama kedainya, sudah pasti menu cendol menjadi pilihan utama di kedai ini. Daripada menu cendol biasa sampailah variasi cendol lain seperti cendol pulut juga disediakan.

Menu

Cendol Biasa

Walaupun cendol biasa, korang mesti cuba sebab cendol yang disediakan di sini memang berkualiti dan menyelerakan. Lagilagi kot cuaca panas memang menyegarkan.

Cendol Biasa
Cendol Biasa

Cendol Kacang + Jagung + Pulut + Ice Cream

Ini pula adalah antara menu special di Cendol Pak Ya macam korang tengok dekat menu ni, cendol ni menggabungkan variasi campuran cendol kegemaran korang iatu kacang, jagung, pulut dan ice cream.

Cendol Kacang + Jagung + Pulut + Ice Cream
Cendol Kacang + Jagung + Pulut + Ice Cream

Nasi Goreng Ayam

Selain hidangan cendol, hidangan seperti nasi juga disediakan contoh macam menu nasi goreng ayam ni. Kalau korang nak makan makanan berat di Cendl Pak Ya pun boleh tau!

Nasi Goreng Ayam
Nasi Goreng Ayam

Haa macam mana, kalau korang nak rasa cendol dariCendol Pak Ayob ni korang kena datang Rembau untuk cuba. Kalau korang nak baca artikel berkenaan menu cendol korang boleh klik di sini.

Lokasi

Cendol Pak Ya

📍 71300 Rembau, Negeri Sembilan
🗺️Google Map: https://maps.app.goo.gl/unSZD9QSPwVza482A
⏰ 6:30 am – 6:00 pm
📲Instagram: Cendol Pak Ya

Article curated by “Ku Ikhwan”

Leave a Reply