Aiskrim Malaysia 20 Sen… Tapi Versi Blackpink?

  • Post author:
  • Post category:Makan / Resepi
  • Reading time:2 mins read
You are currently viewing Aiskrim Malaysia 20 Sen… Tapi Versi Blackpink?

Blackpink in your area!

via GIPHY

Haa siapa tak kenal Blackpink, salah satu KPOP group yang sangat popular… lagi-lagi selepas keluaran Pepsi Blackpink yang sudah pun heboh satu Malaysia baru-baru ni.

Sejak Pepsi Blackpink dah keluar dan boleh didapati dimana-mana kedai, takkan lah nak minum je, betul tak?

Apa kata kita gabungkan makanan tradisional dengan Pepsi Blackpink?

via GIPHY

Makanan tradisional, ataupun lebih sesuai dipanggil pencuci mulut tradisional, iaitu aiskrim Malaysia yang lejen. 

Aiskrim Malaysia merupakan aiskrim yang popular dikalangan rakyat Malaysia sejak zaman dulu lagi.

Sebab itulah ada juga yang panggil aiskrim Malaysia ini sebagai aiskrim lejen.

aiskrim malaysia

Ia biasanya boleh didapati daripada peniaga-peniaga kecil dan dijual hanya untuk 20 sen sahaja.

Oleh disebabkan cara-cara untuk membuat aiskrim Malaysia ini adalah amat mudah, macam-macam perisa yang menarik ada.

Contoh perisa yang klasik adalah asam boi, sirap, jagung, nenas, milo, sirap bandung, orange dan lain-lain.

Namun, kebelakangan ini, ramai yang sudah membuat perisa baru dan moden seperti choki-choki, cadbury, oreo dan macam-macam lagi.

aiskrim malaysia chocolate

Sambil-sambil bosan waktu PKP ni, jom buat aiskrim Malaysia dengan cara yang lebih moden dan menarik yang diinspirasikan oleh botol Pepsi Blackpink!

Bahan-bahan:

  • Pepsi blue
  • Pepsi biasa 
  • Whipping cream
  • Pewarna merah

Cara-cara:

  1. Tuangkan Pepsi blue ke dalam cawan, kemudian masukkan ke dalam chiller untuk dibekukan.
  2. Tunggu sehingga beku untuk beberapa jam.
  3. Sementara menunggu, boleh mula buat layer atas, tuangkan whipping cream ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan mixer sehingga padat.
  4. Tambahkan pewarna merah dan sambung kacau.
  5. Keluarkan Pepsi blue yang sudah beku, kemudian tuangkan Pepsi biasa diatas.
  6. Kemudian, letakkan layer terakhir iaitu whipping cream warna merah itu.
  7. Sedia untuk dihidang.

Boleh hidang waktu-waktu panas, memang puas!

Lihat video ringkas proses ini di Instagram Purple Durian!

Comments